Ramai yang teruja apabila penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tetamu undangan di Sepahtu Reunion Live yang disiarkan di Astro Warna pada Khamis.

Meski jarang mengikuti program hiburan melibatkan elemen lakonan, namun Siti tetap cuba memberikan sepenuh komitmen hingga penampilannya menerusi program muzikal berkenaan menerima pujian.

Siti menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, penglibatannya dalam rancangan berkenaan adalah sekadar suka-suka sahaja.

Malah dia turut berterima kasih dan memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.

“Semalam di Sepahtu Reunion Live, lima persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung.

“Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu.

Ads

“Terima kasih Mek Kembang Cotton sediakan dua persalinan baju kurung saya, sehari je siap tempahan dan Epie Temerloh untuk solekan,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai memuji lakonan Siti selain penampilannya yang manis dipandang.

“MasyaAllah kelakar Tok Ti. Saya dan husband terhibur tengok. Nak-nak time batuk. Sangat-sangat membantu keluarga Sepahtu,” komen peminat.

Ads

“Comelnya Tok Ti. Tiba-tiba rasa nak pakai kurung cotton dan tudung bawal pula untuk raya bila tengok Tok Ti,” puji peminat.

“Best sangat-sangat. Terbaik Kak Iti. Part batuk tu terhibur tau,” antara komen yang diberikan.

“Yang paling lawak time batuk tu,” peminat berikan pendapat.

Ads

“Pandai Tok Ti berlakon, part batuk tu yang best,” respon yang diberikan peminat.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah membuat penampilan khas menerusi pementasan P. Ramlee The Musical musim pertama, mendukung watak sebagai Azizah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI