Pengacara dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya mengenai soal jodoh.
Ditanya mengenai soal tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicaranya, Next To Neelofa tidak lama dulu, figura berusia 31 tahun menegaskan dirinya akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan pasti.
Mengharapkan doa yang baik dari semua pihak, Neelofa juga tidak menafikan pelbagai versi timbul berhubung soal peribadinya.
“Pasal kahwin bagi saya terlalu banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini.
“Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.
“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.
“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta, katanya.
Neelofa pada masa sama kurang selesa dengan kisah sensasi serta spekulasi yang digembar-gemburkan.
“Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.
“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu.
“Cuma kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI