Bermula daripada seorang peminat tegar, siapa sangka hubungan diantara pempengaruh, Ubai dan penyanyi terkenal, Shila Amzah akhirnya sampai ke jinjang pelamin.
Ketika ditemui media selepas majlis akad nikah, Shila berkongsi semula kisah ibu Ubai yang bercerita tentang minat mendalam anaknya itu terhadap Shila.
Menurut Shila, Ubai sering memasang albumnya ketika didalam perjalanan pulang ke kampung sehingga keluarganya sudah naik jemu untuk mendengar lagu-lagu Shila.
“Ini cerita kalakar. Kalau arwah mak masih ada, dia nak bagi ucapan dan ceritakan sendiri kisah ini kepada semua. Ketika tahun 2014, Ubai ini asalnya merupakan peminat Shila Amzah tapi dari jauh.
“Selepas itu, dia beli album saya yang ada lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta. Kemudian, mak bagitahu yang dia dulu macam dah nak pengsan bila dengar lagu Shila Amzah.
“Kalau balik kampung, dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, memang album Shila sahaja dia akan pasang selama berjam-jam tu. Bayangkanlah kena dengar ulang-ulang,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ubai memaklumkan dia mula mengorak langkah berani untuk mendekati Shila menerusi aplikasi Tik Tok.
Ads
“Perkenalan kami bermula di Tik Tok. Dia layan sebab pengikut dia sikit sahaja di media sosial. Ketika itu, dia pun di dalam fasa ‘healing’ disebabkan masalah peribadi. Dia ada buat satu sesi siaran langsung di Tik Tok dan minta pengikutnya menyanyi bersama.
“Saya tak tunggu lama dan ikut serta sesi siaran langsung tersebut. Walaupun suara tak sedap asalkan dapat dekat dengan Shila. Saya hanya merancang perkenalan ini. Selebihnya Allah yang tentukan,” ujarnya.
Kongsi Ubai lagi, perancangan Allah SWT seakan memihak kepadanya apabila dia berpeluang bekerjasa sama dengan Shila menerusi sebuah program terbitan Astro.
“Nak dijadikan cerita, saya dapat kerja di Astro. Kemudian, saya dapat tahu Shila akan sertai satu program di Astro iaitu All Together Now Malaysia.
Ads
“Pada mulanya, saya tak dapat nak jaga program tersebut tapi saya usaha dan cari jalan sampai bos saya izinkan untuk saya sertai team belakang tabir. Di situlah hubungan kami makin akrab,” kongsi Ubai lagi.
Ditanya mengenai harapannya untuk perkawinan kedua ini, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dirinya mahu membuka lembaran baharu dan enggan menoleh ke belakang lagi.
“Tiada apa lagi yang saya nak pandang dari perkahwinan terdahulu. Bila berkahwin dengan Ubai, saya percaya ini merupakan lembaran baharu untuk kami berdua.
Ads
“Segalanya rasa baharu dan saya kena mempelajari segala hal-hal baharu. Kita pun sudah berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk satu sama lain. Kami kena banyak bersabar.
“Kena ingat balik, bermula daripada fasa bercinta, bertunang dan berkahwin, jalannya memang berliku. Hal ini akan menjadi penguat semangat dan motivasi kami,” kongsi Shila lagi.
Terdahulu, Ubai dan Shila telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Sekadar informasi, Shila juga ibu tunggal itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mahu mengembirakan keluarga tercinta, pelakon Syafie Naswip dan adik-beradiknya telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah semi-D buat kedua orang tua.
Kongsi pelakon drama Hello Boy itu, dia dan adik-adiknya berusaha mengumpul duit selama empat tahun untuk membeli rumah berkenaan.
“Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah.
“Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini,” kongsinya.
Dalam masa sama, pelakon berusia 28 tahun itu juga bersyukur kerana impiannya untuk mengembirakan ibu bapa tercapai juga pada tahun ini.
“Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur.
“Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.
“Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, dan aku harap Allah permudahkan segalanya,” akhirinya.
Pelakon dan pelawak, Saiful Apek berkongsi khabar duka apabila seekor kucing betina peliharaan yang dipanggil Mooboo mati akibat terkena jangkitan virus, baru-baru ini.
Menurut Saiful, akibat virus berkenaan, Mooboo yang berusia lebih 5 tahun itu mengalami kerosakan saraf badan.
Perkara tersebut dikongsikan Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff menerusi satu hantaran di Instagram.
“Mooboo (5 tahun +) ibu pada 7 anak-anak bulus, yang sangat gigih dan penyayang sepanjang hidupnya, kini telah pulang pada Pencipta setelah terkena jangkitan virus yang merosakkan seluruh saraf.
“Tiada kata yang dapat diungkapkan, hanya kasih sayang dan kerinduan yang teramat sangat dalam keadaan yang penuh redha dengab ketentuan NYA, kerana segalanya adalah pinjaman & sementara,” tulisnya.
Adaptasi filem A Business Proposal versi Indonesia telah pun ditayang bermula 6 Februari 2025 yang lalu. Namun filem tersebut sepi di pawagam apabila hanya 6,900 orang sahaja yang menonton pada hari pertama tayangan.
Kini memasuki seminggu filem tersebut ditayangkan, banyak pawagam sudah mengurangkan waktu tayangan dan sekaligus memberikan impak negatiif terhadap filem yang diadaptasi daripada drama popular Korea itu.
Salah satu faktor yang dianggap mempengaruhi bilangan penonton yang rendah ialah gerakan di media sosial untuk memboikot filem itu akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon utama filem tersebut, Abidzar Al-Ghifari.
Dalam satu sesi temuramah, pelakon berusia 24 tahun itu berkata, “Saya pernah menonton episod satu, tetapi memutuskan untuk berhenti kerana akhirnya, ini adalah watak yang saya cipta sendiri bersama pengarah.
“Saya juga tidak mahu dijadikan salinan tepat. Kami masing-masing ada watak sendiri dan ini juga adaptasi.”
Menghangatkan lagi suasana, dalam satu sesi lain pula, Abidzar seolah-olah memperlekehkan gesaan boikot dan komen negatif daripada peminat tegar naskah tersebut.
“Saya tidak ingat apa-apa, kenapa saya perlu ingat, mereka tidak akan dijemput ke tayangan perdana pula,” ujarnya menjawab soalan wartawan seperti dipetik portal detik SulSel.
Ekoran itu, pelakon yang memiliki lebih 2.8 juta pengikut di Instagram itu membuat permohonan maaf terbuka kepada peminat karya asal filem tersebut atas keterlajuran kata.
“Saya memohon maaf kepada semua yang telah terluka dengan sikap, tindakan dan kata-kata saya yang salah.
“Terima kasih semua kerana memberi saya pengajaran yang sangat berharga. Ini adalah pengajaran besar buat saya dalam proses menjadi seorang yang matang dan bijak,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.
Sekadar info, filem A Business Proposal merupakan adaptasi daripada drama popular korea dengan tajuk yang sama yang dicipta berdasarkan siri webtoon.
Drama asal tersebut dilakonkan oleh Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong sebagai pelakon utama. Manakala, versi Indonesia pula menampilkan Abidzar dan Ariel Tatum sebagai pelakon utama filem.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...