Pelakon Afifah Nasir yang baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan, Syed Hariz pada petang Ahad meraih perhatian peminat.
Meski ramai yang menitipkan ucapan yang baik-baik bersempena dengan majlis rasa sehari adik kepada aktres, Anazalna itu, namun ada segelintir peminat yang memberikan reaksi terhadap persalinan yang dikenakan Afifah.
Ada yang menyifatkan busana serba putih itu cantik namun kurang sesuai susulan didakwa agak terdedah misalnya di bahagian bahu dan lengan.
Lalu, ada yang berpendapat Afifah memilih persalinan yang lebih manis, sopan dan bersesuaian apatah lagi untuk majlis akad nikah.
@mediahiburanofficial Momen indah adik kepada pelakon Anzalna Nasir, iaitu Afifah Nasir yang telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati, Syed Hariz dengan sekali lafaz. Tahniah diucapkan buat mempelai, moga semoga ikatan dibina kekal hingga ke jannah, amin ya rabb. [TT Afifahnasir] #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Komen tersebut dapat dilihat menerusi video yang kembali dikongsikan MH diaplikasi TikTok. Antaranya;
“Cantik tapi dress tu more sesuai waktu resepsi. Nikah supposedly lebih sopan dan tertutup. Sekadar berkongsi pandangan. by the way congrats Afifah.”
“Pasangan helok berbaju Melayu bersongkok.”
“Kalaulah pakai baju kurung moden ke Pahang ke kan manis.”
“Bajunya… Masa nikah pakai yang sopan, ni peringatan je…”
“Tutup aurat lagi cantik.”
Imbas kembali, Afifah dan pasangannya selamat mendirikan rumah tangga selepas mengikat tali pertunangan dengan Hariz, pada Februari lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI