Pasangan pelakon terkenal Korea Selatan, Hyun Bin dan isteri, Son Ye Jin bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Pengumuman itu dibuat sendiri Ye Jin menerusi laman Instagramnya yang mempunyai seramai 6.7 juta pengikut.
“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami.
“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari tetapi dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja.
“Saya sangat bersyukur dan teruja berkongsikan perkara ini kepada peminat yang menantikan berita gembira ini seperti mana kami juga,” tulis Ye Jin.
Walau bagaimanapun, Ye Jin tidak mendedahkan usia kandungannya menerusi entri tersebut.
Ye Jin, 40, dan Hyun Bin, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu di Seoul.
Pasangan ini mula bercinta pada Mac 2020 sejak digandingkan bersama dalam drama bersiri popular, Crash Landing On You yang ditayangkan pada 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Son Ye Jin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I’m Early, 1 Januari Lambat Lagi,” – ‘Excited’ Punya Pasal, King Coco Wish Happy Anniversary Sehari Awal!
Lewat malam semalam, Instafamous, King Coco memuat naik banyak foto-foto ‘throwback’ dengan suaminya, Capt Azrin di ruangan Insta Storynya.
Malah, dia juga turut muat naik foto-foto dari zaman bercinta, kahwin dan hinggalah selepas mendapat anak.
Rupa-rupanya dia ingin membuat ‘appreciation post’ sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua pada 1 Januari.
“Sorry for the spam, Happy 2nd Anny baby. Look! We come this far…every new year is our anny. So glad to call you #husbandku.
“Act there’s plenty of pic I supposed to upload it but most of them is inappropriate, hahahaha.
“So yeah, semoga Allah Memberkati hubungan ini, walau banyak halangan yang datang, we won’t give up on us. Since this is our journey.
“Hanya ALLAh SWT sahaja yang tahu apa yang kita lalui dan lakukan. U are a great husband and supporter. Love you tons.
“Can’t wait for tomorrow, to more adventure and babies with you. Hahahaha ehem Capt. Azrin,” tulisnya.
Namun, ternyata King Coco terawal sehari untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat suaminya itu.
“I’m early, Hahaha 1 Januari lambat lagi. He said I’m early,” tulisnya.
Alahai, mesti King Coco atau nama sebenarnya, Mashaira Ismail terlalu teruja untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka hingga tak perasan tarikh.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan November 2017 tahun sama.
Foto/Instagram: King Coco
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazura Akui Rindu Untuk Kembali Aktif Ke Dunia Lakonan, Lebih Memilih Untuk Naskah Yang Lebih Berkualiti
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita Fazura yang sering menjadi perhatian peminat.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif ke dunia lakonan
Akur bintang Pisau Cukur ini lagi, Fazura juga akui kini pergerakan dunia lakonan semakin perlahan kerana dia mahu mencari naskah yang terbaik dan sebuah lakonan yang berkualiti.
“I know it’s been awhile since you’ve seen me on screen, but you also know me too well to understand that I’d never pick visibility over exclusivity and quality.
“It has also been my principle to work quietly and not loudly,” kongsinya.
Kongsi pelakon berusia 35 tahun itu, dia bakal muncul dalam sebuah filem terbaru yang bakal ditayangkan September ini.
“Rest assured darlings, I am brewing some amazing things InsyaAllah and a new feature film will be coming to you this September 2019! I miss you too and I love you! Stay tuned,” tulis Fazura lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa rindu kepada lakonan Fazura yang cukup sinonim dengan barisan filem seperti Gol Gincu dan Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.
Untuk rekod, bintang filem Pisau Cukur ini pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Yang Ke-31 untuk kategori Pelakon Wanita TV Popular.
Video : Instagram Nur Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Rangsang Deria Anak, Bekas Isteri PU Abu, Ain Afini Pertama Kali Bawa Adam Aysar Berenang
Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini meluangkan masa bersama anaknya, Muhamad Adam Aysar di kolam renang baru-baru ini.
Kongsinya, itu merupakan kali pertama bayi berusia enam bulan itu melakukan aktiviti berkenaan.
Malah, Ain turut berkongsi beberapa tips keselamatan ketika anak sedang mandi kolam.
“First time umi try bawak adam aysar mandi swimming pool sebab dia suka sangat air.
“Selalu mandi kat bath tub je kan itu pun kalau umi ada, kalau tak dekat sinki jelah dengan tokabah.
“Abang ali dah terjerit-jerit dah nampak air. Sukaaa betul anak sorang ni,” tulisnya.
Ain pada masa sama turut berkongsi tips perkara yang perlu dibuat si ibu sebelum mengikuti sesi berenang untuk si anak kecil.
“Make sure standby susu suam kalau bagi susu botol sebab bila swimming dia cepat lapar, kat sebelah kita kene ada tuala sebab ain masukkan dia sekejap2 je then angkat balut dengan tuala bagi tak sejuk.
“Kalau ada mainan bunyi2 boleh bawa bagi baby relaks sikit.
“Ain tak terus lepas dia, pegang dulu bagi dia selesa. Dah nampak selesa baru lepaskan sekejap je then pegang balik. Hihi okay lah tu bagi merasa sikit, rangsang semua deria baby ni.
“Apa pun safety first! Alhamdulillah everything went well,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by عين عفيني (@ainafini_) on
Disamping itu, Ain turut berkongsi foto bersama Adam di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by عين عفيني (@ainafini_) on
Terdahulu, PU Abu telah menjatuhnya talak kepada Ain pada 16 Mei lalu (ketika itu Ain hamil tujuh bulan).
Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia enam bulan.
Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).
Foto : Instagram Ain Afini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI