Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mengakui persembahan Datuk Aishah bersama rakan duetnya, Vince kurang memuaskan.
Menurut Ramli, pasangan duet berkenaan perlu mempersembahkan persembahan yang baik bagi mendapatkan markah yang baik.
“Dekat GV, kamu perlu execute frekuensi yang agak nyaman dan kamu akan dapat rewards, sesiapa sahaja yang bertanding. Jadi pasangannya pun agak gagal, dengan Datuk Aishah sendiri.
“Sebab itu kesemua juri… memang saya pun bagi marah rendah, begitu juri lain pun bagi markah rendah,” katanya.
Sementara itu, maestro muzik itu turut menjelaskan mengenai soal pemilihan rakan duet dan lagu persembahan setiap peserta.
“Pemilihan lagu dan partner datang daripada artis itu sendiri. Sekiranya tak available barulah kita akan berikan pilihan lain tiga atau empat lagi, kamu pilih mana satu yang dimahukan.
“Tentang partner duet adik-beradik, artis senior bagi saya tiada isu. Contoh kalau dapat Datuk M.Nasir sekalipun, saya potong 5 markah, melainkan kalau M.Nasir nyanyi lagu Jamal Abdillah, saya tak potong.
“Dia (Aishah) nak Hafiz Suip, tapi tak available. Jadi dia pilih Vince selepas kita mainkan videonya,” katanya.
Terdahulu, Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince gagal menambat hati juri sekali gus menjadi bintang juara ketiga tersingir dari pentas All Stars Gegar Vaganza dengan markah sebanyak 43.75%
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ayah Terpaksa Naik Basikal Berkilo Meter Sehari Hanya Untuk Ke Sekolah Setiap Hari,” – Asyraf Khalid Dedah Bapa Tidak Pernah Manjakannya Dengan Kemewahan
Asyraf Khalid mendedahkan walaupun dibesarkan dalam serba kemewahan, namun bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa seorang yang sangat tegas, dan mahu anak-anak berusaha sendiri tanpa bergantung harap kepadanya.
Kongsinya lagi, pengalaman hidup bapa yang berasal sebagai anak kampung dan kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai kejayaan dijadikan sebagai sumber inspirasi dia dan isteri dalam memulakan perniagaan Mutyara Beauty.
Malah tegasnya, bapa tidak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit dan untuk memiliki sesuatu, mereka perlu berusaha mendapatkannya.
“Salam semua,
Alhamdulillah, baru-baru ni, saya & isteri Tya, release story tentang bagaimana kami mulakan perniagaan kami bersama, Mutyara beauty.
“Alhamdulillah, banyak juga positive feedback yang kita terima especially selepas mereka tengok video kita di Youtube.
“Ada juga komen-komen yang saya nampak sedikit negative lebih-lebih lagi di twitter & juga di blog-blog tempatan. Saya juga nak cakap sikit kalau boleh.
Ramai orang bila dengar story kita, focus pada headlines, tapi point utamanya, ramai orang tak nampak atau tak tangkap.
“Yes betul, saya di lahirkan dalam keluarga yang berpengaruh, Ayah saya seorang yang berjaya dalam bidang beliau, & saya sangat bangga mempunyai Ayah seperti Ayah, lebih-lebih lagi cara didikan Ayah kepada saya.
“Ayah was a hard father to me, dia tahu hidup kita senang, semua Ayah boleh bagi, jadi Ayah didik dengan cara Ayah tersendiri. Ayah punyai impian untuk anak-anak beliau menjadi berjaya, kalau boleh, kata Ayah, beliau nak kita lebih berjaya pada Ayah.
“Ayah juga asalnya sebagai anak kampung. He really made it from Zero, and i can’t imagine the hardship that he went thru. Ayah terpaksa naik basikal berkilo meter sehari hanya untuk ke sekolah setiap hari.
“Ramai yang tak nampak, cara didikan Ayah tu yang membuatkan saya dapat sedikit kejayaan. Walupun kejayaan yang kita ada ni bukanlah hebat mana, tapi saya bersyukur kerana di pilih Allah untuk membantu ramai orang lain.
“Ayah tak pernah manjakan saya dari segi wang ringgit, & saya paling takut nak mintak duit dari Ayah dari kecil. Ayah didik kita dari kecil, kalau nak sesuatu, you have to work for it. Ayah selalu ingatkan kita juga tentang kesusahan yang beliau lalui.
“Ayah percaya, kalau kita bagi seseorang itu ikan, dia akan selalu meminta ikan kepada orang, tapi kalau dia mengajar kita cara untuk memancing, kita akan boleh tangkap ikan pada bila-bila masa.
“Betul, susah saya ni, tak la susah macam ramai orang, mungkin banyak yang lebih susah. Jadi saya sangat bersyukur di lahirkan di keluarga yang, Alhamdulillah, Allah bagi lebih. Mungkin Ianya lebih mudah bagi saya kerana Allah nak bayar balik kesusahan yang Ayah & Tok nenek kita lalui dulu,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on
View this post on InstagramA post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on
Terdahulu Asyraf dan isteri, Tya Arifin berkongsi kisah suka duka sebelum memulakan perniagaan jamu kecantikan.
Foto : Instagram Asyraf Khalid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Lah Ganti Arwah Mak, Paling Tua Sekarang Dalam Keluarga,” – Bonda Rozita Minta Dimaafkan Kekurangan
Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukur iaitu Rozita Ibrahim memaklumkan dia tidak sabar meraikan kedatangan Syawal tahun ini di tanah air selepas mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Malah menurutnya lagi, dia kini menjadi individu paling tua dalam keluarga selepas ibunya telah pergi mengadap Illahi.
“Kita manusia akhir zaman, manusia yang rosak agamanya. Kita memasuki dunia yang penuh fitnah. Berhati-hatilah dalam apa juga perbuatan, “jagalah agama & maruah”.
“Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik, yang menyayangi agama, keluarga. Jadilah manusia yang takut mengecewakan Tuhan, Nabi & Agama.
“Kedamaian keluarga yang rukun itu adalah lebih baik dari segalanya. Nenek Ami kasihkan kamu kerana agama ..!! (anak Kri panggil saya Nenek Ami).
“Saya nak balik dah ni, InsyaAllah pertama kali raya tak ada Mak. Saya lah ganti arwah Mak, saya paling tua sekarang dalam keluarga kami. Saya nak sambut raya kat Malaysia dengan anak cucu,” jelasnya.
Rozita yang sinonim disapa Bonda Rozita memuat naik perkara itu di dalam satu hantaran terkininya di Instagram.
Pada masa sama, Rozita turut memohon maaf atas khilasnya seisi keluarga.
“Hati ni sangat rindu kat rumah hutan juga. Ya Allah berkati negara kami, aman dijauhkan musibah, suburkan rezeki rakyat Malaysia semuanya dengan rukun & damai.
“Sekali lagi saya minta dimaafkan kekurangan, khilaf bonda pada anda semua yang kenal saya ya. Ramdhan malam 29 ni kita mengharapkan lailatul qadar.
“Saya sudah sampaikan semua infak anda semua ” semoga gandaan pahala anda dapat dibumi yang penuh keberkahan,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Reaksi Diana Danialle Fasal Bola, Che Ta Di Stadium Curi Tumpuan, Gelagat Seksi Zizi Kirana & Banyak Lagi Kisah Seni Menarik Semalam!
Kepada mereka yang terlepas kisah seni semalam, MH recap antara paparan menarik!
1. Datin Diana Danialle Buka Mulut Isu Fasal ‘Tiket Free’ Dari Orang Dalam.
Apakah respon Diana apabila ada netizen yang beranggapan dia mendapat tiket secara percuma tanpa beratur? Artrikel penuh di :
2. Gaya Che Ta Pakai Seluar Blink-Blink, Boots Dan Bulu Mata Palsu Curi Tumpuan.
Gaya Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta mengenakan pakaian yang serba glamour. Artikel penuh di :
3. “Neelofa Hanya Satu, Tiada Dua, Tiga & Sebagainya…,”- Datuk Hans Isaac.
Hans menyifatkan figura popular, Neelofa sebagai ikon yang serba boleh dan mempunyai identiti tersendiri. Artikel penuh di :
4. Zizi Kirana Nyanyi Lagu Ekor Harimau, Dianggap Versi Seksi & Melampau.
Apakah bait-bait lagu yang dinyanyikan Zizi ini? Artikel penuh di :
5. Ucapan Che Ta Buat Zain Saidin Sempena Anniversary Ke-5 Tahun.
Apakah ucapan Che Ta buat suaminya, Zain Saidin? Artikel penuh di :
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI