Pengacara dan usahawan, Neelofa ada memberi petikan kata mutiara kepada pengikutnya menerusi laman media sosial Instagram.
Berkongsi mengenai kehidupan berkaitan ketaatan kepadaNya, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu adalah amat penting sebagai umat Islam untuk sentiasa mengutamakan Yang Maha Pencipta dalam rutin kehidupan seharian.
“Sesiapa yang berpagi-pagi sedang keinginannya hanya pada dunia, pasti Allah akan selerakkan segala urusannya, menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada di hadapannya.
“Dia tidak akan memperolehi sesuatupun daripada dunia melainkan apa yang telah dicatatkan untuknya.
“Manakala sesiapa yang berpagi pagi sedang keinginannya hanyalah untuk mendapat akhirat, Allah akan memperteguhkan keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan di hatinya.
“Dan dunia akan datang kepadanya dengan tunduk dan terpaksa,” tulisnya.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa yang bermanfaat itu.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Melayu, Kenapa Tidak Boleh Cakap Melayu,” – Vivy Yusof Perjelas Soal ‘BM Challenge’ & Isu Tinggal Anak Bercuti Ke Bali
Menyedari salah faham yang terjadi berikutan ‘BM Challenge’ yang dilakukan tidak lama dahulu, usahawan berjaya, Vivy Yusof menjelasjan, masyarakat harus faham latar belakang setiap individu berbeza.
Malah, jangan bersifat terlalu cepat menjatuhkan hukuman.
Jelasnya, cabaran tersebut adalah untuk dia bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campur aduk dengan bahasa asing untuk satu hari. Bukannya semata-mata cabaran berbahasa Melayu.
“Dalam apa yang kita lakukan tetap akan ada kritikan. Saya terima semuanya kerana ia akan membantu saya perbaiki diri.
“Orang luar harus faham, latar belakang kita semuanya berbeza. Kita kena memahami semua dan janganlah terlalu cepat menghukum. Apabila masyarakat mengkritik, ia menyebabkan kita menjadi lebih jauh hati.
“Cabaran itu adalah untuk bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya untuk satu hari. Mungkin salah saya sendiri kerana tidak menerangkan dengan lebih jelas bahawa cabaran itu adalah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa campur aduk dengan bahasa lain.
“Orang katakan ‘kau Melayu, kenapa tidak boleh cakap Melayu’. Saya boleh berbahasa Melayu namun penggunaan dalam pertuturan seharian sudah tentu kita biasa bertutur ‘bahasa rojak’.
“Ada yang memahami, namun kritikan datang daripada mereka yang tidak faham maksud cabaran tersebut. Mereka katakan baik jangan jadi Melayu (ketawa),” jelasnya.
Vivy terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ibu kepada tiga orang anak ini turut menjawab tohmahan netizen apabila dituduh sebagai ibu tidak bertanggung jawab apabila meninggalkan anak-anak semata-mata untuk menikmati percutian di Bali bersama teman-teman.
Jelasnya, seorang ibu harus mempunyai masa untuk melepaskan tekanan, dan perkara tersebut tidak sesekali akan melucutkan gelaran ibu pada seseorang wanita.
“Saya terkejut apabila ada yang beranggapan bahawa seorang ibu itu harus ada 24 jam dengan anak-anak. Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu.
“Sebagai manusia, kita memegang banyak peranan dalam hidup sebagai isteri, anak dan untuk diri sendiri. Dan sudah tentu kita harus mempunyai saluran untuk melepaskan tekanan.
“Tidaklah apabila menjadi seorang ibu, itu sahaja tugas kita sepenuh masa. Kita tetap seorang ibu walau apa tugas yang sedang dilakukan. Lagipun saya ke Bali dua hari.
“Saya juga memahami keadaan ibu-ibu di luar sana. Saya bersyukur mempunyai sokongan daripada suami dan keluarga.
“Namun netizen pula mempersoalkan, saya punya kelebihan namun bagaimana dengan mereka. Mungkin itu yang membuatkan mereka tidak berpuas hati kerana mereka mahukan yang sama tapi bagaimana.
“Sebab itu kita harus memberi sokongan sesama sendiri,” katanya lagi kepada MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Amir Syukur Kali Kedua Jejak Kaki Di Tanah Suci, Kali Ketiga Februari Tahun Depan Pula
Pelakon dan pengacara Diana Amir meluahkan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali kedua selepas tahun 2011.
Kongsi ibu kepada tiga orang anak itu, dia ditemani rakan-rakan serta dua orang anaknya iaitu Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadija Azzehra, 2 tahun bersama-sama menunaikan ibdah umrah itu.
“Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah!
“Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan rahmatNya.
“Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?,” kongsi pelakon filem 7 Petala Cinta itu.
Malah, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim itu turut menasihati agar sentiasa kelihatan cantik dan kemas apabila menziarahi pusara Nabi; tetapi tidak perlu keterlaluan.
“Bila pergi ke Madinah , nak ziarah Nabi barulah kita melawa2. Macam hari raya lah. Cuma taklah melawa mcm kat Malaysia, melawa cara disana, pakai baju baru yg paling cantik kita ada, pakai wangian bagi lelaki, setiap kali nak ziarah mandi wangi2, gitu. .
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (QS. Al-A’raf: 26).
“Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah,” rancang wanita itu.
View this post on InstagramA post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Disamping itu, Diana turut berkongsi beberapa aktivitinya sepanjang berada di Tanah Suci.
View this post on InstagramA post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
View this post on InstagramA post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
View this post on InstagramA post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Terdahulu, Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Khawlah Al Azwar, 4, Khadija Azzehra, 2, dan Muhammad Khalid Al Habib berusia setahun.
Foto/Video : Instagram Diana Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Terlepas Dari Melakukan Silap,” – Tiada Sidang Media, Ini Kenyataan Siti Sarah Berhubung Isu Didakwa Sentuh Fizikal Orang Asli
Berada lebih dua dekad dalam industri seni tempatan, penyanyi Siti Sarah menyifatkan dirinya cukup mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Ini termasuk terhadap setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial kerana menyedari apa yang dikongsi akan menjadi perhatian ramai.
“Namun susulan insiden yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.
“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.
“Bagaimanapun sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.
Sarah pada masa sama turut menyambut baik permohonan maaf dari pihak Ridzo Okumura yang dipercayai menjadi antara pihak terawal yang memuat naik video tersebut hingga mencetuskan viral.
“Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular.
“Atas insiden yang berlaku ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.
“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” jelasnya.
Sehubungan itu, Sarah tidak akan lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu terbabit dan cadangan untuk mengadakan sidang media esok juga dibatalkan.
Terdahulu, penyanyi lagu Manis itu menjadi mangsa kecaman di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dirinya ada menyentuh soal fizikal masyarakat Orang Asli.
Video itu menjadi tumpuan selepas ia dimuat naik seorang individu dalam satu hantaran di Twitter.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI