Penerbit filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! S Baldev tidak menafikan, kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.
Selepas beberapa minggu tayangan, filem epik berkenaan terus mencipta sukses apabila mengaut kutipan sekitar RM70 juta setakat ini.
“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam. Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood.
“Saya bersyukur sambutan hangat diterima filem Musyrik – Api Neraka Menantimu sepanjang hujung minggu ditayangkan. Kami menerima reaksi positif, pawagam pula sentiasa penuh dengan penonton,” katanya.
S Baldev berkata, pembikin filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.
“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global,” katanya lagi.
Ads
Mengenai filem baharu bergenre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, mesej ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
“Jika filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membangkitkan martabat orang Melayu, Musyrik – Api Neraka Menantimu! pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.
“Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.
“Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya.
Ads
Ditanya sasaran kutipan filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.
“Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat,” katanya.
Ads
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya.
Naskhah berkenaan turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air sejak 7 Julai lalu.
Trailer rasmi filem ini sudah menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengakui berasa agak kurang selesa dengan sikap seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai hubungannya bersama suami yang juga merupakan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.
Menurut Aida, atau nama sebenarnya, Khairul Noormaaidah Zali, dia telah menerima satu hantaran mesej peribadi yang bertanyakan mengenai status terkini perkahwinannya gara-gara dia jarang memut naik gambar bersama suaminya.
Katanya lagi, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan mengenai sesebuah perhubungan itu.
“Inilah realiti media sosial. Lebih ‘show off’ orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.
“Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah, tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara musim pertama program realiti Gadis Melayu 2009 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambahnya lagi, hubungannya bersama suami masih dalam keadaan yang baik dan dia juga berharap agar sikap ‘serkap jarang’ ini dapat dihentikan.
Aida turut memberitahu, dia sememangnya terkejut selepas membaca hantaran mesej tersebut.
“Kalau tanya apa Aida rasa? Swipe sampai gambar last sekali tu. Tulah yang Aida rasa sekarang. Diorang ni fikir apa? Ada suami tapi tak upload? Lemah? Haa gitu kot,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu berkenaan selain turut mendoakan semoga perkahwinan Aida dan suaminya akan berkekalan hingga ke jannah.
“Aduh la, sampai ke situ sekali orang fikir. Aduh la netizen ni. Macam-macam depa fikir.
“Punyalah busy body ek? Ni orang kata ambil berat yang bukan-bukan.
“Overthinking orang Malaysia ni.
“Makcik Bawang sungguh budak yang menanya tu. Acah-acah concern,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Aida dan Saiful Nizam berkahwin pada 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aida Gadis Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharifah Amani tampil berkongsi mengenai realiti yang sering berlaku di dalam industri drama dan filem tanah air.
Menurut Amani, meskipun sudah memasuki dekad baru namun, masalah yang sama tetap dilihat seperti tiada penghujungnya.
Jelasnya lagi, antara masalah yang sehingga kini kerap dihadapi oleh para pelakon adalah kekangan untuk menyediakan pakaian atau ‘wardrobe’ sendiri ketika menjayakan sesebuah projek.
That’s why sometimes u see actors pakai baju sama for some cerita. Pasal tak semua mampu beli or carik lain. Tak semua mampu hire stylist and their own wardrobe team. Itu tanggungjawab production. Tapi production pun struggle dengan budget sikit. So? Round round we go lah 😞😞 pic.twitter.com/8eSBVG6v4M
“2021 and actors are still suppose to provide their own wardrobe for shoots. Budget sikit payment pun sama. Then you’re expected to find sponsor baju or beli sendiri. I don’t understand how this is still going on?
“That’s why sometimes you see actors pakai baju sama for some cerita. Pasal tak semua mampu beli or carik lain. Tak semua mampu hire stylist and their own wardrobe team,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Sepet itu menerusi benerapa ciapa yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, disebabkan kekurangan bajet, segelintir pelakon terpaksa mengenakan pakaian yang sama untuk projek yang berbeza.
Bagaimanapun, Amani memaklumkan permasalahan ini bukan hanya perlu diletakkan di bahu tenaga produksi sahaja, tetapi semua pihak haru berganding bahu agar satu mekanisme baru dapat diwujudkan bagi menambah baik mutu drama dan perfileman negara.
“Itu tanggungjawab production. Tapi production pun struggle dengan budget sikit. So? Round round we go lah.
“Please understand that we are tired of complaining. Many of us are trying our best to fix the system that has long been broken.
“We tell you this so you know it’s not that we can’t or don’t want to give our best to you, but because the system needs reform. Soon InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Tambah Amani lagi, dia dan beberapa penggiat seni yang lain kini sedang mencuba untuk mengubah sistem yang sudah sekian lama digunapakai di dalam industri lakonan tanah air.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar usaha untuk mengubah sistem akan membuahkan hasil satu hari nanti.
Sejak akhir-akhir ini, wargamaya dilihat sakan membandingkan kualiti drama-drama tempatan dengan siri Korea Selatan yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Squid Game.
Sumber: Twitter & Instagram Sharifah Amani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aplikasi inovatif myBarber kini diperkenalkan, sekaligus menjadi platform yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut kepada pelanggan secara dalam talian.
myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan tukang gunting rambut terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.
Lelaki mana yang tak mahu tampak kemas, tampak segak dengan gaya rambut bak selebriti atau bintang sukan pilihan.
Pengguna boleh menempah temu janji untuk potongan rambut dan keperluan penjagaan lain dengan mudah, menjimatkan masa dan tenaga.
Ia adalah usaha baharu dikuasakan oleh jenama lokal yang tidak asing lagi di Malaysia, TODAK.
Pengasas myBarber, Muhammad Saiful Amirul Nasharuddin berkata, visi perniagaan adalah merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming tradisional selain membuat pembayaran tanpa tunai dengan mudah melalui satu aplikasi.
“Kami berhasrat menjadi destinasi utama untuk semua keperluan penjagaan rambut, mencipta pengalaman lancar dan mudah bagi pelanggan serta tukang gunting,” katanya.
Majlis pelancaran myBarber telah dilakukan di SneakerLAH, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.
Hadir sama pada sesi pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif myBarber, Ahmad Hazman Hashri dan pengasas TODAK, Azlan Zainal.
Mengenai ciri-ciri aplikasi myBarber, Muhammad Saiful Amirul berkata, pelanggan boleh mendapat kemudahan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut dengan cepat di barbershop atau rumah.
“Pengguna boleh mencari tukang gunting mahir berdekatan dengan melihat portfolio dan memilih berdasarkan ulasan orang ramai.
“Pembayaran juga lancar kerana transaksi tanpa tunai terus dalam aplikasi,” katanya yang terbabit dalam bidang gunting rambut sejak lima tahun lalu.
Pada masa sama, platform ini juga memberi sokongan kepada tukang gunting sambilan (bebas) dengan menyediakan perkhidmatan panggilan ke rumah dan membantu meluaskan jangkauan melalui kehadiran dalam talian serta kempen pemasaran, menarik pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan.
Maklumat lanjut mengenai aplikasi myBarber boleh didapati menerusi pautan media sosial rasminya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!