Rakan penyampai Suria Petang di Suria FM bersama Tyzo Xander, Sharifah Shahirah menitipkan dedikasi selepas stesen radio berkenaan mengumumkan bahawa khidmat Tyzo Xander, berakhir pada Jumaat.

Shahirah yang mesra disapa Kak Rara sepanjang mengendalikan segmen tersebut bersama Tyzo turut meminta pendengar agar terus menyokong Suria FM.

“Nice working with @tyzoxander, Dj Syatu 2023. Patah sayap sebelah.

“Tak tahu berapa lama pula nak pulih… Kalau nombor 1 tak bertukar.

“Kena support Suria FM. Kalau tak bertukar je kami, next…,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.

Ads

Rata-rata peminat turut memberikan reaksi pelbagai susulan pengumuman yang telah dibuat.

Terdahulu, Suria FM di dalam kenyataan media menjelaskan, keputusan tersebut dilakukan sebagai langkah stesen radio itu dalam merangka strategi dan perancangan baru.

Ads

Ia untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

Ads

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, selaku Pengurus Besar Suria FM.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI