Pengacara dan penyampai radio, Hefny Sahad berkongsi khabar duka selepas memaklumkan dirinya kini disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Hefny memaklumkan keadaan kini semakin bernasur pulih jika ingin dibandingan dengan keadaannya beberapa hari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hefny Sahad (@hefnysahad)

“Semoga menjadi asbab penghapus dosa. Alhamdulillah keadaan aku harini baik baik saja berbanding 3, 4 hari ke belakang.

“Nanti aku share sikit kronologi dan simptom yang aku lalui sepanjang beberapa hari ni supaya korang dapat belajar something dan bersedia la harapnya. stay safe guys!,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Sinar FM itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Ads

Dalam pada itu, Hefny turut memaklumkan dia akan berkongsi mengenai pengalamannya itu supaya ia boleh menjadi iktibar buat masyarakat di luar sana.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut selaik turut mendoakan semoga Hefny lekas sembuh seperti sedia kala.

“Patutlah dua hari ni Ijad sorang je. Semoga cepat sembuh Hefny.

Ads

“Allahuakbar. Semoga sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah. Get well soon Hefny. You can do this.

“Semoga cepat sembuh and be strong Hefny.

“InsyaAllah semoga kuat semangat bang. Pernah juga pakai tag pink dulu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Ads

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Hefny Sahad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI