Isteri kepada pelawak, Achey Bocey, Hasanah Yahaya menyatakan rasa syukur selepas menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada April nanti.
Menurut Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, Achey menghadiahkannya kereta tersebut demi keselesaan keluarganya memandangkan anak mereka juga kini sudah semakin membesar.
“Alhamdulillah terima kasih by @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni hehe. Dia kata boleh buat raya.
“Patut la asyik la hint-hint kita je. Muat lagi ke awak keluar dengan Tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu hehehehe. Kita cakap la boleh la. Selit-selit terselit. Rupanya dia dah rancang awal. Thank you,” coretnya dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini akui sedih apabila terpaksa menjual kereta lamanya itu yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun.
Dikesempatan itu juga, Anne turut merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya diatas kejutan tersebut.
“Terima kasih jugak baby kuning berkhidmat tujun tahun dengan saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam dekat mana-mana. Alhamdulillah dia jaga kami satu keluarga dengan baik. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang.
“Nak jual dia pon air mata berderai sebab terlalu sayangkan dia tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah hehe. Tu yang achey gantikan dengan baby baruuuuu.
“Welcome to my family baby boo. Saya akan jaga awak baik-baik dan sayang awak sepenuh hati. I LOVE U so much. Baby boo and baby yayang @acheykintangkintung,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Achey dan Anne akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Ya Allah semoga suatu hari nanti kami suami isteri juga akan merasa rezeki seperti ini. Insya Allah.
“Wahhh bestnyeee. Alhamdulillah rezeki. Happy birthday in advance ye.
“Alhamdulillah syukur ya Allah happy murah mewah rezeki abang seisi family.
“Alhamdulillah. Semoga makin luas rezeki kalian. Suka tengok sama-sama naik. Susah senang sama-sama.
“Tahniah. Alhamdulilah murah rezeki semoga kekal bahagia kelurga Acey dan Anne ke akhir hayat hendaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah mendirikan rumahtangga bersama Anne sejak 11 tahun yang lalu dan mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anne Achey