
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven hari ini membuat aduan rasmi terhadap panel hakim Mahkamah Agama Jakarta Selatan kepada Komisi Yudisial (KY) di Jakarta Pusat, berhubung dakwaan pelanggaran etika dalam kes penceraian dengan suaminya, pelakon Baim Wong.
Menurut Paula, keputusan mahkamah yang menyatakan beliau berlaku curang dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga adalah tidak berasas serta tidak disokong oleh bukti yang dikemukakan semasa prosiding.
“Saya hadir ke Komisi Yudisial untuk melaporkan dugaan pelanggaran kod etika dan pedoman perilaku hakim oleh panel hakim yang mengadili kes perceraian saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Paula, 37, mendakwa panel hakim telah tersilap dalam menilai fakta kes dan tidak mengambil kira bukti-bukti yang dibentangkan dalam mahkamah.
BACA JUGA: Baim Wong & Paula Verhoeven Sah Bercerai, Tuntutan Nafkah Ditolak
BACA JUGA: Satria Mulia Bersumpah Akan Berbogel Di Monumen Nasional Jika Baim Wong Rujuk Dengan Paula Verhoeven
Sambil menahan sebak, beliau menegaskan tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinannya dengan Baim Wong, malah tiada satu pun bukti yang menunjukkan beliau menjalin hubungan dengan lelaki lain.
“Saya boleh mempertanggungjawabkan semua kata-kata dan perlakuan saya, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya.
Tambahnya, tindakan membuat aduan ini dilakukan demi membersihkan nama baik dan menjaga maruah diri, lebih-lebih lagi untuk masa depan anak-anaknya.
“Saya tidak mahu apabila anak-anak saya dewasa nanti, mereka membaca berita tidak benar mengenai ibunya. Saya berdiri hari ini sebagai seorang ibu yang mempertahankan hak dan martabat dirinya demi anak-anak,” ujarnya.
Imbas kembali, Keputusan perceraian Paula dan Baim telah diumumkan oleh Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada hari Rabu, 16 April 2025.
Dalam keputusan tersebut, Paula Verhoeven didapati telah berlaku curang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai NS. Ekoran itu, dia dianggap sebagai isteri yang nusyuz sekaligus tidak layak menerima sebarang nafkah selepas bercerai daripada Baim Wong.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: suara.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI