Pelakon, Nora Danish menerusi entri terkininya di Instagram ada berkongsi kapsyen lucu buat para pengikutnya.
Kongsi juri program Muzikal Lawak Superstar ini, inilah ‘Flower Horn’ sebenar dan ada tuah!
“The REAL Flower Horn!!!! haaa, this fish is appreciated for feng shui taw, Bukan biashe biashe… u got it u flaunt i,”,tulisnya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut terhibur dengan perkongsian lucu ibu kepada dua cahaya mata itu, termasuk rakan selebriti.
Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Artis Kita Dikritik Buat Persembahan Teruk Di Luar Negara? Reaksi Masdo – “Orang Akan Cepat Lembut Hati Bila Lihat Kita Ada Peningkatan.”
Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di luar negara, Kugiran Masdo menyifatkan tanggungjawab membawa nama Malaysia sebagai amanah yang besar.
Bagi vokalisnya iaitu Ali Sariah, setiap artis yang membuat persembahan di negara luar disaran untuk menjaga kualiti persembahan, agar industri seni di Malaysia tidak dipandang sebelah mata.
“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Buat yang menonton, perkara yang baik itu kita ambil.
“Yang buruk, kita jauhkan,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media konsert One Love Music Festival di Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, Ali menganggap kesilapan ketika membuat persembahan lebih-lebih lagi secara langsung sebagai lumrah anak seni.
Namun, jadikan itu sebagai ruang untuk belajar agar dapat memberikan yang lebih baik selepas ini.
“Kami juga pernah berada di fasa itu. Jadi, kami faham apa yang berlaku. Sedikit sebanyak ia akan mencalarkan reputasi tapi kita kena kuatkan semangat.
“Jadikan pengalaman ini sebagai satu sebab untuk kita jadi lebih baik dan perbaiki kesilapan. Orang ramai akan cepat lembut hati bila melihat kita ada peningkatan.
“Takkanlah sebab satu benda buruk, orang lupa semua perkara baik yang pernah kita buat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pemain gitar utama Kugiran Masdo, Asmawi pula berharap agar para penonton tidak terlalu cepat menghukum sebaliknya memberi ruang buat artis untuk memperbaiki kesilapan.
“Tanggungjawab sebagi penggiat seni dan menghiburkan orang ini memang berat. Dalam seratus persembahan yang kita buat, tak semuanya akan sempurna.
“Mungkin 99 buah persembahan kita sempurna tapi satu persembahan yang kurang menjadi. Namun, satu kesilapan itulah yang orang ingat.
“Orang luar pun kena faham susah payah kita nak menghiburkan orang. Mereka nak kita terlihat sempurna sentiasa tapi kita tetap manusia,” katanya.
Dalam pada itu, Ali akui perasaan gugup tidak dapat dielakkan walau sudah bertahun-tahun membuat persembahan.
“Kita kena betul-betul bersedia. Ada kalanya kita memang sudah bersedia tapi keadaan yang membuatkan kita rasa gugup. Orang yang berada di atas pentas, perasaannya memang lain.
“Kadang-kadang bila ada aura yang tak best, keyakinan kita terus jatuh. Kita jadi gugup dan takut. Hal itu yang buatkan emosi kita terganggu dan menjejaskan persembahan,” akhirinya.
Sementara itu, Kugiran Masdo menjadi antara band yang akan membuat persembahan di acara One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini Dewan A, MAEPS, Serdang.
Selain Kugiran Masdo, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Gerhana Ska Cinta, Drama Band dan 53 Universe.
Malah, acara muzik besar-besaran ini juga bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.
Tiket kini sudah mula dijual pada harga RM55 (Early Bird/Berdiri), RM150 (General Admission), RM169 (Rockzone) dan RM450 untuk pakej meet & greet (terhad kepada 50 peminat).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lain Sangat Pembawakan Hero Tu…,” – Rasa Loya Kalau Dekat Dengan Suami, Hafiz Mahamad Umum Isteri Hamil Lagi!
Usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya yang juga merupakan selebriti media sosial, Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Bagaimanapun, Hafiz memberitahu, isterinya itu mengalami alahan yang agak pelik apabila dia dikatakan akan mudah berasa loya sekiranya berhampiran dengan suaminya itu.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yg kuat
“Lately ni, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, meskipun jadual kerjanya agak padat, namun, dia akan tetap akan meluangkan masanya untuk menemani isterinya menjalani pemeriksaan doktor.
“Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dkt dia, “saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup”.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa dan train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun dan saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nnt pun saya berada di Indonesia
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan meskipun agak berat baginya untuk berjauhan dengan isteri, namun dia tetap percaya ini adalah salah satu pengorbanan demi kebahagiaan masa hadapan mereka.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ni
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik. ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Hafiz dan Syafiqah.
“Semoga suami saya kelak sayang saya macam Hafiz Mahamad sayang isteri dia.
“Semoga Aina dilindungi olehnya. Kuat dan lalui momen yang indah sepanjang pregnant ini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Abang Hafiz dan Kak Syafiqah.
“Wah, tahniah Syafiqah. Semoga awak dan baby selamat dan sentiasa sihat. Amin.
“Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi daripada segala penyakit yang merbahaya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 November 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya perempuan Raisya Narisa, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Sebarang Komplikasi Cuma Hilang Deria Rasa Dan Bau,” – Sweet Qismina Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Ipoh
Pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Selasa lalu.
Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, menyatakan dia yang berada di Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi rasa tidak sihat sejak 16 April lalu.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia turut memaklumkan pelakon berusia 24 tahun itu kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.
“Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya beliau adalah positif. Sweet telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan buat saringan PCR dan keputusan positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang, tidak mempunyai sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” tulis kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta para peminat turut menitipkan kata-kata yang baik buat Sweet seterusnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI