Penyampai radio Suria FM, Dj Lin ada mengimbau kembali kenangan di awal pembabitan dirinya dalam dunia penyiaran radio yang kini sudah menjangkau 22 tahun.

Dalam pada itu, Dj Lin juga ada meluahkan rasa syukur dan kegembiraan atas kejayaan yang dikecapi oleh dirinya sebagai seorang penyampai radio.

Penyampai radio berusia 45 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua  yang telah sentiasa menyokong dirinya.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram, Dj Lin juga ada berkongsi foto lama dirinya yang kelihatan sangat ranggi dan bergaya.

Ads

“Sesekali #djlin mengimbau memori meniti perjalanan di arena kehidupan menghirup tiap cabaran mengunyah tiap kesukaran & menelan apa jua kesakitan sepanjang 22 tahun mengabdikan diri dalam dunia penyiaran #radio

“Namun Lin bersyukur hingga kini jenama #djlin masih teguh berdiri seiring dengan keteguhan jenama #SuriaFm yang semakin dipercayai oleh pencinta #radio juga agensi media serta para pengiklanAlhamdulillah syukur

“Terimakasih Allah untuk anugerah & rezeki yang Kau beri buat diriku ini Akan ku jaga amanah ini & terus berjuang seterdaya berusaha bersama anak2 buah tercinta meletakkan @suriamalaysia di puncaknya

Ads

“Ameen Doakan Lin #Suria #suriamalaysia #radiodj #radioannouncer #suriacinta,” tulisnya panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Ads

Lantas, perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian daripada peminat dan rata-ratanya memuji penampilan Dj Lin yang sangat jelita dan bergaya.

Foto: Instagram Dj Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI