Pelakon, Remy Ishak ada berkongsi sekeping foto terbaru untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram baru-baru ini.
Gambar tersebut memaparkan Remy sedang melakukan aktiviti pertukangan dan kerja-kerja kayu di kawasan rumahnya.
Lalu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut sempat berseloroh memberitahu, jika mahu mencari suami, carilah yang pandai bertukang.
“Orang tua-tua cakap kalau nak cari calon suami, biarlah yang pandai bertukang, katanya senang untuk membina masjid hingga ke syurga. Betul tak dinda,” katanya.
Setakat ini, gambar tersebut telah menerima hampir 100,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 2,000 komen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum malah ada juga yang ingin meminang Remy selepas melihat gambar tersebut.
Alahai, beruntung siapa yang jadi isteri Remy ni nanti ye!
Bukan sahaja tampan dan berbakat tapi tahu juga melakukan kerja-kerja bertukang juga.
Patutlah dia digelar ‘Pujaan Hati Dinda’. Banyak bakat terpendam rupanya.
Foto: Instagram Remy Ishak