Pelakon Bella Dally memaklumkan hari ini (waktu tempatan) merupakan hari terakhirnya di Madinah bagi menunaikan umrah. Turut sama mengiringi rombongannya ialah ahli keluarga dan suami, Arif Izuddin Radzali.
Malah beberapa hari lalu, bintang asal Sabah ini turut menyatakan rasa teruja selain memohon maaf sebelum keberangkatannya ke tanah suci.
“InshaAllah tak lama lagi, saya akan lihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” tulisnya beberapa hari lalu.
Pada masa sama, Bella turut berkongsi beberapa fotonya di sana di Instagram dan Insta Stories.
Tidak dinafikan, ada yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
Lalu, ada segelintir pihak giat menghulurkan sumbangan bagi meringankan masalah yang dipikul.
Namun, ada juga segelintir yang didakwa tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan atas bantuan serta sumbangan yang diberikan.
Pelakon, Dayana Roza misalnya meluahkan rasa kecewa mengenai perkara tersebut dan menyifatkan tindakan sedemikian sangat tidak bertimbang rasa kepada golongan yang betul-betul memerlukan.
“Tak dinafikan memang wujud orang mcm ni.. kiri kanan depan belakang dia kaut. Kepada yang ambik kesempatan atas alasan “takde makanan” “takde susu anak” “anak tak makan” tapi dalam diam dah collect byk stock makanan tolong STOP ye.
“Dalam keadaan macam ni tak boleh selfish & tamak. ramai lagi org yg ikat perut. ingat sikit org belakang ye kakak abang. takyah nak simpan stock sampai raya tahun depan.
“Ni dah kira macam makan hak org, tak berkat nanti. jangan nanti disebabkan orang2 mcm awak, org yg nak bg bantuan dah tak percaya & mereka yg betul2 memerlukan nt lapar tak makan, anak takde susu pampers semua. fikir sikit ye,” tulisnya.
Pelakon jelita, Elfira Loy ada memberitahu anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf telah mengalami demam panas buat kali pertama, pada Ahad.
Menurut Elfira, bacaan suhu badan anak lelakinya itu kian meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius.
Lalu, bintang berusia 27 tahun ini meluahkan rasa bimbang dan turut meminta nasihat daripada pengikutnya menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“handsome boi down with fever Day 2 .Last night his temperature was at 37.6 now 37′ . Hopefully it will get better & better soon.
“first time Rayyan demam sepanjang dari baby sampai dah besar ni. Hopefully demam ni sekejap je.
“so what i did , my mom mandikan dia with air biasa je , always lap lap badan & tampal cool fever. Tapi bila nak tidur dia macam tak selesa sikit so el pasang zikir ubat penyakit because rayyan always akan tenang kalau pasang bacaan al-quran & pasang juga YL diffuser ,
“i use lemon & thieves baru dia tidur.Tapi bila malam tu , maybe he’s uncomfortable soo banyak tidur atas bahulahh sambil dukung berdiri .
“so , when do you decide to bring your child to the Doctor ? or at this stage baby memang akan ada depan soo just be patient je until it go off ?,” tulisnya.
Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...