Gara-gara memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di dalam sebuah ambulans, tahap kesihatan pelakon, Nadhir Nasar menimbulkan kerisauan peminat.
Bercakap kepada Media Hiburan, Nadhir memaklumkan dirinya telah diserang strok haba sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem epik baru-baru ini.
“Pada hari tersebut, saya ada penggambaran bagi babak bertempur. Namun, secara tiba-tiba saya diserang strok haba. Oksigen di dalam badan tidak disalurkan ke kepala.
“Ada babak yang memerlukan saya berlari, menjerit serta bertempur dan ia harus dilakukan dalam ‘one take’ sahaja. Mungkin saya telah melebihi tahap kemampuan kerja saya pada waktu itu.
“Silap saya juga kerana tidak memanaskan badan sebelum mula penggambaran. Mata saya tiba-tiba gelap kemudian saya rebah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, insiden tersebut membuatkan dirinya lebih peka mengenai kondisi badannya sebelum memulakan penggambaran bagi babak ekstrem.
“Strok haba merupakan perkara normal. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas dan kita bekerja melebihi tahap kemampuan badan.
“Pengajarannya, sebagai pelakon, kita kena sedar ruang. Mungkin pada ketika itu saya telah berikan segalanya sampai saya terlupa yang badan saya sudah tidak mampu.
“Pada masa sama, saya tetap kena bagi 100 peratus. Ini memang sudah tugas anak wayang. Kesihatan memang penting tapi kalau kita boleh bagi lebih untuk kepuasan penonton, apa salahnya,” ujarnya lagi.
Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nadhir turut memuji cara pihak produksi mengatasi insiden cemas tersebut.
“Semua orang sangat membantu. Pihak produksi juga ada menyediakan ambulans dan pasukan perubatan. Saya memang puji cara pihak produksi jaga kebajikan pelakon. Memang terbaik.
“Saya berterima kasih kepada pengarah dan ingin memohon maaf kepada barisan pelakon serta kru-kru lain kerana tidak dapat menghabiskan penggambaran.
“Namun, semua pihak sangat memahami. Ini adalah set yang paling bermakna sepanjang saya bergelar pelakon,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini akui insiden seperti ini nyata menimbulkan kerisauan buat keluarga terutama ibunya sendiri
“Keluarga memang agak marah dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ibu saya.
Dia tidak berapa suka bila saya cedera.
“Sebelum ini, sudah banyak kali ibu saya bersuara bila saya balik dalam keadaan lebam-lebam dan gatal-gatal ketika penggambaran Projek High Council.
“Tapi kalau hati kita sudah minat sesuatu perkara, susah kita nak dengar kata-kata orang lain. Namun, saya akan berusaha jaga ruang dan jaga diri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak ditayangkan di Indonesia bermula 18 Ogos lalu, filem terbaharu lakonan pelakon Nicholas Saputra, Sayap-Sayap Patah terus mencatatkan kutipan membanggakan apabila berjaya mengumpul RM40 juta setakat ini.
Diadaptasi daripada kisah benar, filem Sayap-Sayap Patah arahan sutradara terkenal, Rudi Soedjarwo mendapat riviu positif kebanyakan penonton tempatan.
Selain Nicolas, naskhah ini turut dibintangi Ariel Tatum, rapper terkenal Indonesia Iwa K, Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.
Ia berkisarkan mengenai tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.
Tidak setakat itu, ramai tokoh terkenal memuji skripnya dan kualiti lakonan semua pelakonnya termasuk Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani.
Beliau menyifatkan filem tersebut layak ditonton untuk sesiapa sahaja yang menyintai Indonesia.
Sementara itu, Penerbit MoreADD Holding Berhad, Roslina Abd Majid berkata, Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama gandingan bintang ternama di Indonesia.
“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.
“Malah sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap-Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut mengakui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.
“Mengikut perancangan, MoreADD Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap-Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya.
Sayap-Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K dan lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi dipilih menjadi runut bunyi bagi filem blockbuster tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi sesi Live di TikTok miliknya baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana ada menjawab pertanyaan daripada peminatnya.
Antara lain, ada yang bertanya ada pendapat sekiranya Syamsul Yusof yang juga pengarah terkenal, dianugerahkan dengan gelaran Datuk suatu masa nanti.
Melihatkan soalan tersebut, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, terus tertarik untuk memberikan jawapannya berhubung persoalan yang diutarakan itu.
“Kak Sarah kisah tak kalau orang cakap nanti Syamsul jadi Datuk, kak Sarah tak jadi Datin?”
“Kenapa saya nak kena kisah, title ke apa ke, doesn’t matter for me.
“Yang penting saya bekerja, saya dapat duit saya sendiri.
“Saya boleh beli apa yang saya nak, shopping handbags ke apa ke,” kata Sarah dalam perkongsian tersebut.
Menurut Sarah, gelaran serta pangkat tidak membawa makna kepada dirinya sebaliknya, dia hanya ingin terus bekerja demi memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
“Yang saya nak, saya boleh bawa anak-anak pergi holiday.
“So, saya rasa title is not important, yang penting dalam bank banyak duit,” kata Sarah lagi.
Kes sebutan penceraian Sarah dan Syamsul dijadualkan berlangsung pada 7 Mac ini, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie, menyifatkan bayaran rendah dan tidak setimpal yang diberikan pihak produksi kepada artis veteran sebagai satu penghinaan.