‘Payung’ Video Workout Di Gim, Bentuk Badan Fit Raja Ilya Boleh Dipuji!

Share

Biar pun sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri, namun pelakon Raja Ilya tetap mengamalkan rutin sihatnya dengan baik.

Buktinya, bintang Papadom ini ada berkongsi sedutan video pendek sedang bersenam di gim, awal semalam di Instagram.

Meski hanya merakamkan bentuk belakang apa yang nyatanya, bentuk tubuh Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini memang ideal!

“Big Event coming up this September #celebrationoflove#lifestyleoflove
@trentengarrett#coachsummit2019,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat memuji tubuh badan Ilya yang kelihatan mantap dan fit.

Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett pada 23 Disember yang lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Pasangan sama cantik sama padan itu itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.

Video : Instagram Raja Ilya

Published by
Nazar Rafiqhi