Berita

Pearly Tan & Thinaah Muralitharan Lakar Sejarah! Beregu Wanita Pertama Malaysia Layak Separuh Akhir Sukan Olimpik

Share

Rakyat Malaysia hari ini diserikan dengan kemenangan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan & M Thinaah yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Badminton Olimpik 2024.

Kemenangan itu menjadikan duo tersebut sebagai pemain beregu wanita pertama negara yang berjaya masuk peringkat separuh akhir selepas acara itu mula diperkenalkan pada Olimpik 1992.

Dalam saingan suku akhir menentang beregu Korea Selatan, Kim So Yeong dan Kong Hee Yong, Pearly Tan dan M Thinaah yang berada di kedudukan ke-13 dalam ranking dunia hanya memerlukan masa hanya 42 minit dengan straight set 21-12, 21-13.

Imbas kembali, dalam edisi Olimpik 2020, beregu Korea Selatan itu merupakan penyandang pingat gangsa dan ketika ini berada di kedudukan ke-10 ranking dunia.

Esok, Pearly Tan dan M Thinaah  akan berdepan dengan beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan yang sebelum ini terlebih dahulu mengalahkan beregu Bulgarian, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva di peringkat suku akhir.

Sekiranya duo tersebut berjaya esok, mereka dalam perjuangan untuk memburu emas Olimpik pertama negara. Manakala jika gagal mereka masih lagi berjuang untuk merebut pingat gangsa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen