Berita

Pearly – Thinaah Akhiri Cabaran Olimpik 2024 Di Kedudukan Keempat. Impian Pingat Lebur Ditangan Beregu Jepun

Share

Harapan Malaysia malam ini untuk memperoleh pingat pertama Sukan Olimpik 2024 lebur apabila Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kecundang di penentuan pingat gangsa sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit itu, bekas Juara Sukan Komanwel 2022 itu tewas dengan mata 11-21,11-21 kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.

Beregu Jepun yang merupakan pemenang dua kali kejuaraan dunia itu dilihat mengawal rentak perlawanan sejak mula dan tidak meninggalkan ruang buat Pearly dan Thinaah untuk bangkit memintas.

Walau apapun, pujian harus diberikan terhadap  semangat juang yang ditonjolkan beregu wanita negara ini.

Mereka sendiri sudah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Komanwel sejak acara tersebut diperkenalkan kita-kira 30 tahun lalu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen