“Pedih Dengan Segelintir Masyarakat Yang Ada Pemikiran Negatif…,” – Jasmin Hamid Sedih Ada Frontliners Dipulau Dan Dianggap Bawa Kuman

Share

Pelakon Jasmin Hamid meluahkan kekecewaan apabila ada segelintir masyarakat bertindak memulaukan dan menjauhi petugas barisan hadapan kerana bimbang dijangkiti virus Covid-19.

Jelasnya, wira negara ini sanggup berkorban nyawa untuk negara, namun tiada ucapan terima kasih dihulurkan, sebaliknya dibalas dengan penghinaan.

“MOHON JAGA LISAN!! .

“SUBHANALLAH… SEDIH dan PEDIH dengan SEGELINTIR masyarakat yang ada pemikiran NEGATIVE terhadap FRONTLINERS yang sanggup korbankan nyawa untuk negara.

“Tak tau apa yang akan jadi pada negara tanpa WIRA-WIRA negara ini .. Dah la tak ada ucapan TERIMA KASIH, malah melemparkan kata-kata yang TAK SEPATUTNYA.

“Saya secara peribadi, ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para WIRA-WIRA negara kerana sanggup bertarung nyawa, berkhidmat untuk RAKYAT MALAYSIA.. KITA JAGA KITA. @mstaronlineofficial

#covid_19 #coronavirus #malaysia #allahsebaikpelindung #hebatbukan,” kongsinya.

Menerusi ruang komen, seorang netizen turut menggambarkan keadaan sama berlaku di Singapura apabila kakitangan hospital dinafikan haknya menaiki pengangkutan awam oleh orang awam.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

Published by
Noraini Abd Wahab