Dalam dunia ni sememangnya kita takkan pernah dapat untuk puaskan hati semua orang. Dalam yang memuji pasti ada juga yang mengata setiap apa yang kita lakukan.
Semalam MH terlihat satu posting daripada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkongsi tentang bagaimana untuk berjaya dengan mempedulikan segala kata-kata negatif daripada orang lain.
“pedulikan kutukan
“selamat berpagian mencari Rezeki.. bagi suri rumah.. Berbahagialah sbb berjaya uruskn family sebaiknya..
“Sayang.. Setiap manusia ada keistimewaannya.. cuma kita tak pernah nk explore diri kita sendiri..!!
“Apa yg saya lihat belajar dlm diri sendiri tips utk kejayaan atau kejatuhan… “ramai org x kenal dirinya sehingga dia x tahu potensi diri dn merasakan diri kita lebih ttp sbanarya banyak kelebihan anda yg ada tak sedar..
“bangkitlah dan banggalah dgn diri sndiri dan katakan tidak pada kegalgalan dan fokus dgn matlamat.. pedulikan kutukan org insyallah anda akan berjaya dunia akhirat.. setuju tak??,” tulis Aliff pada kapsyen postingnya.
Nampaknya ramai yang bersetuju dengan setiap apa yang dikatakan oleh Aliff ini.
as_auoliyajb: Betul tu dato…x idup dek pujian…x mati dek kejian
rslni: Setuju sangat dato.hidup ni kalau lebih sikit mmg ramai yg akan mengata jd kita hidup lah dgn cara kita tampa menganggu hidup org,abaikan kata2 org diluar sana selagi kita berada dilandasan yg benar.yg penting kita tahu membawa diri kita.huhuhuuuu
zanitayacob: Betul2. Bahgiakn diri kita dlu bru fikir org lain. Puji isteri d anak rezeki murah
MH pun setuju dengan apa perkongsian Aliff ni. Untuk berjaya dalam hidup ini pasti banyak dugaan yang akan mendatang cuma apa yang harus kita lakukan adalah menepis segala kutukan dan teruskan usaha mencapai kejayaan.
Sumber: Instagram Aliff Syukri