HomeBerita“Pegang Batang Lipstik Berlari Tak Payah Pakai Kain. Sekejap Saja Viral, Tapi...
“Pegang Batang Lipstik Berlari Tak Payah Pakai Kain. Sekejap Saja Viral, Tapi Berapa Lama?,” – Datin Ira Tolak Cara Negatif, Bisnes Adalah Fardhu Kifayah
Pengasas Aura Seri yang kini bergelar selebriti, Datin Nor Zaina Abd Ghani optimis mahu membimbing seterusnya cuba memberi ruang lebih besar buat para peniaga terpilih sekitar Perlis untuk mengembangkan empayar niaga.
Bertindak sebagai pakar perunding di bawah Majlis Amanah Rakyat Negeri Perlis (MARA Perlis), bekas hos program Feminin ini akui untuk menjadi seorang pengasas dan usahawan yang baik bukanlah satu hal yang mengambil masa singkat.
Sebaliknya, ia memerlukan proses dan ia bergantung kepada tahap keyakinan selain usaha berterusan dari para pemilik jenama itu sendiri.
“Selain mahu mengembalikan kegemilangan jenama Aura Seri yang sudah pun berada di pasaran lebih 20 tahun, saya juga kini terlibat dalam usaha membangunkan para usahawan Perlis yang terpilih. Mereka terdiri daripada pelbagai cabang bisnes dan memulakan niaga di negeri berkenaan.
“Meski saya maklum mereka sudah pun ada pendedahan dalam peluang niaga, bagaimanapun di bawah bimbingan saya, saya rasa punya tanggungjawab untuk cuba memberi ruang yang lebih besar dengan apa yang saya miliki kini.
“Mungkin ramai yang kenali saya sebelum ini sebagai pengasas Aura Seri, akan tetapi saya turut beri fokus bagaimana cara melahirkan usahawan lain yang berjaya.
“Fasa latihan berjalan selama lima bulan, bermula Januari lalu,” katanya kepada MH.
Sambil memperkenalkan barisan ‘protogenya’, Datin Ira turut akui modul yang diberikan sepanjang latihan adalah secara teori dan praktikal.
Ads
“Pelbagai modul diberikan untuk mereka melalui latihan secara teori serta praktikal sebagai usahawan. Memang ramai yang nak jadi usahawan tetapi apakah cara untuk mengekalkan bisnes itu. Itulah cabarannya hari ini. Tak boleh ada mentaliti yang hanya mahu berniaga semata-mata.
“Malah saya juga nak berterima kasih MARA negeri Perlis kerana bagi saya peluang. Setakat ini, saya ada 10 orang ‘protoge’, mereka diletakkan di bawah HuB Incubator MARA Perlis dan saya bertindak sebagai pakar perunding (konsultan) mereka.
“Progres setakat ini sangat bagus dan saya berpuas hati. Ada yang sudah berani untuk buat ‘live’ di media sosial, yakin berkomunikasi. Mereka juga berani,” jelasnya lagi.
Menjadi antara pengasas terawal yang menonjol ke depan sebelum perkembangan media sosial lebih 20 tahun lalu, Datin Ira turut ditanya mengenai sejauh mana media sosial memainkan peranan dalam perkembangan bisnes ketika ini.
“Saya memang lahir pada zaman sebelum wujudnya FB dan sebagainya. Belum ada hal viral yang tak pernah kita dengar pun. Saya wujud pada zaman ‘purba kala’, orang kata zaman tradisional dan konvensional punya cara.
Ads
“Jadi apa yang saya nampak dalam perniagaan, marketing online ini hanyalah suatu ‘tools’ sahaja. Katalah FB atau Instagram sudah ditutup, macam mana nak berniaga? Sebab itulah elemen off-line dan on-line ini saya gabungkan.
“Meski pun saya lahir pada zaman off-line, tapi bagi saya bisnes yang betul adalah kita kena bertemu sendiri dengan pembeli. Dalam latihan kepada mereka, saya cuba gabungkan pengalaman dalam bidang offline mengenai kegigihan dalam membangunkan empayar niaga meski tiada kuasa viral dulu.
“Pada masa sama, tidak boleh tinggalkan arus semasa. Sekarang trending dengan media sosial atau kita panggil online marketing. Meski saya tak berapa pakar dalam hal tersebut, tapi saya ada mengambil mereka yang lebih pakar untuk ajar mereka.
“Saya percaya kepada kuasa viral dan tidak boleh dinafikannya. Ia membantu untuk melariskan jualan, tingkat jenama. Tapi saya juga ada bertanya pada mereka, mahu viral positif atau negatif, kita yang pilih.
“Jangan hanya nak popular sahaja sementara saja. You bawa attitude nak jadi viral, bawa yang negatif saya tak syorkan.
Ads
“Bagi saya bisnes adalah fardhu kifayah. Saya tidak menafikan trend sekarang, akan tetapi tak salah untuk saya pupuk agar kalau nak jadi pengasas, biarlah jadi pengasas yang ada ‘class’ juga.
“Apa yang saya maksudkan ini, jangan rendahkan diri kita untuk ikut trend semasa. Orang nak viral yang tak senonoh kita nak ikut. Saya tidak rasakan begitu.
“Boleh viral tapi jadi negatif. Impaknya mungkin boleh popular, tapi dari segi produk mungkin ada orang pandang ia sangat rendah. Saya tak mahu begitu.
“Biarlah bisnes berjalan perlahan tapi kekal. Nak viral senang je, pergi pegang batang lipstik berlari tak payah pakai kain. Sekejap saja viral, tapi berapa lama? Kemudiam impak kepada produk, orang pandang ‘low class’.
“Bina jenama bukan senang, jadi tak kan nak rosakkan ia sekelip mata,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Datin Ira yang juga pemegang Diploma Perubatan Alternatif dari Universiti Terbuka Antarabangsa Culcatta, India kini turut merancang untuk mengembalikan nama Aura Seri dan kini sedang merangka beberapa projek khas ke arah itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Arrora Salwa memberikan reaksi susulan dakwaan yang kononnya dia menggunakan perkara syirik sepanjang bersaing di Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Menurut Arrora, dia sebaliknya percaya rezeki dan berkongsi beberapa surah yang boleh diamalkan.
“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘mak esah’, ‘mandrem’. Dia macam ini, tak payah pakai ‘mak esah’. Ayat Al-Quran lebih senang.
“Saya nak bagitahu, amalkan surah Al-Baqarah ayat satu hingga lima, lepas tu Ayatul Kursi dan tiga ayat terkahir surah Al-Baqarah.
“Kau hafal, insya-Allah kalau ada orang nak buat perkara yang tak baik pada kita, ia akan kena atau berbalik kepada mereka semula,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Ahmad itu menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.
Pada masa sama, Arrora sempat berseloroh untuk lalu di bawah ampaian baju yang dikatakan antara pantang larang untuk mereka yang menggunakan ilmu hitam.
“Satu lagi, orang kata kalau pakai ‘mak esah’ ni tak boleh lalu bawah ampaian. Inilah ampaian yang saya ada. Kita nak langkahlah.
“Aduh… Adakah ‘mak esah’ saya akan tertanggal? Tiada ‘mak esah’. Elok lagi… Alhamdulillah,” selorohnya.
Arrora Tak Berasa Hati
Dalam pada itu, Arrora memaklumkan dia tidak berasa hati dengan tuduhan tersebut namun sekiranya ia masih berlarutan, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.
“Kepada semua pencinta Arrora Salwa, bertenang. Arrora Salwa kesayangan anda okey. Kita chill okay sayang-satang kesayangan semua okay.
“Anggap je hiburan. Tapi kalau ada pihak yang berlebihan hingga menganggu nama baik, I know what to do,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Arrora Salwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengakuan bekas suami, Rashidi Ishak yang memaklumkan perpisahan mereka selepas 17 tahun bersama nyata mengejutkan.
Tambahan pula, pasangan ini selalu menjadi pasangan kegemaran peminat kerana pasangan ini dikatakan sangat secocok bila bersama.
Apa pun, jom kita tengok 10 fakta menarik mengenai heroin filem Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran
Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Binti Imran telah dilahirkan pada 1 Oktober 1973 di Pulau Pinang namun membesar di Kuala Lumpur.
Lebih gemar dengan nama panggilan Vee, pelakon berusia 46 tahun ini telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Ketika Vanida berusia 20 tahun, dia telah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World pada tahun 1993 dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Selepas itu, Vee telah memulakan kariernya sebagai seorang pelakon pada usia 21 tahun. Vanida telah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Aziz M. Osman.
Pada tahun 1 Oktober 2000, Vanidah telah menamatkan zaman bujangnya untuk mengahwini Rashidi Ishak. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata bernama Mikhail Aimran dan Maryam Rashika.
Walaupun telah mendirikan rumah tangga, Vanidah tetap mementingkan soal akademik. Lalu, Vanidah telah melanjutkan pengajian tinggi untuk memperoleh ijazah Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia.
Pada tahun 2007, pelakon yang terkenal di dalam filem misteri The Red Kebaya, telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 setelah hampir 25 tahun Vanidah bergelar sebagai anak seni.
Vanidah telah menceburi dalam bidang pengacaraan pada tahun 2011 apabila dia telah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3 untuk mengantikan pengacara terdahulu, Maya Karin.
Menyedihkan, Vanidah telah kehilangan ibu tercinta, Sharifah Bee Binti Abdul Majid pada Disember 2017 akibat komplikasi jantung.
Semalam, Rashidi Ishak telah mengumukan perceraiannya bersama Vanidah. Menurut Rashidi, mereka telah disahkan bercerai pada 1 Ogos 2018 di hadapan hakim Makhamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai yang teruja apabila penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tetamu undangan di Sepahtu Reunion Live yang disiarkan di Astro Warna pada Khamis.
Meski jarang mengikuti program hiburan melibatkan elemen lakonan, namun Siti tetap cuba memberikan sepenuh komitmen hingga penampilannya menerusi program muzikal berkenaan menerima pujian.
Siti menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, penglibatannya dalam rancangan berkenaan adalah sekadar suka-suka sahaja.
Malah dia turut berterima kasih dan memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
“Semalam di Sepahtu Reunion Live, lima persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung.
“Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu.
“Terima kasih Mek Kembang Cotton sediakan dua persalinan baju kurung saya, sehari je siap tempahan dan Epie Temerloh untuk solekan,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai memuji lakonan Siti selain penampilannya yang manis dipandang.
“MasyaAllah kelakar Tok Ti. Saya dan husband terhibur tengok. Nak-nak time batuk. Sangat-sangat membantu keluarga Sepahtu,” komen peminat.
“Comelnya Tok Ti. Tiba-tiba rasa nak pakai kurung cotton dan tudung bawal pula untuk raya bila tengok Tok Ti,” puji peminat.
“Best sangat-sangat. Terbaik Kak Iti. Part batuk tu terhibur tau,” antara komen yang diberikan.
“Yang paling lawak time batuk tu,” peminat berikan pendapat.
“Pandai Tok Ti berlakon, part batuk tu yang best,” respon yang diberikan peminat.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah membuat penampilan khas menerusi pementasan P. Ramlee The Musical musim pertama, mendukung watak sebagai Azizah.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.