“Pegang Patung Pun Gigil,” – Ini Yang Dilakukan Bakal Bapa, Instafamous Hafiz Mahamad Bila Cuba Dukung Bayi

Share

Melakukan persiapan untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi, Hafiz Mahamad dilihat sedang melakukan cubaan mendukung patung bayi.

Kekok dengan pengalaman baharu ini, tulisnya hanya ‘ayah- ayah je tau keadaan ini.

Malah dia dilihat cukup ‘struggle’ untuk menjaga bahagian kepala bayi.

“Sedap bini aku gelak eh Ayah ayah je tau keadaan ni, pegang patung pun gigil. Ha mcmana ni.”

Netizen menasihati agar pasangan ini mengambil kursus penjagaan bayi agar lebih bersedia.

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi melihat gelagat Hafiz.

Ada betulnya kata-kata netizen, seeloknya pasangan ini menghadiri kursus tertentu supaya lebih arif dalam soal penjagaan bayi.

Foto – Instagram Hafiz Mahamad

Published by
Noraini Abd Wahab