Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi tarikh sebutan permohonan rujuk yang belum didaftarkan dan sebutan perceraian kali kedua membabitkan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
Peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, sebelum anak guamnya melanjutkan proses perceraian, kedua-dua pihak perlu menguruskan permohonan rujuk terlebih dahulu.
“Sebentar tadi kami memfailkan dua permohonan iaitu kes rujuk bagi cerai yang sudah berlaku pada 10 Ogos tahun lalu apabila mereka kembali bersama pada 9 September tahun sama. Diikuti dengan permohonan cerai.
“Bab rujuk itu anak guam saya mengambil masa sedikit untuk memfailkan tapi saya rasa tiada masalah sebab berlaku dalam tempoh iddah.
“Bagi kedua-dua permohonan yang dibuat, mahkamah menetap 20 November ini bagi sebutan kes. Kami kena serahkan kedua-dua permohonan kepada defendan (Farid Kamil), dan dia kena hadir ke mahkamah,” katanya.
Ads
Menurut Akberdin, anak guamnya nekad memfailkan perceraian kali kedua hari ini kerana sudah tiada persefahaman dan berlaku pergaduhan berpanjangan antara mereka.
“Saya dimaklumkan mereka tidak boleh hidup bersama kerana sudah tiada persefahaman.
“Keperluan untuk kami nyatakan secara terperinci itu tak perlu, cuma kita boleh cakap tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan iaitu bergaduh yang tidak boleh dibaiki. Jadi atas alasan itu Diana nekad memfailkan perceraian,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Diana enggan memberikan sebarang komen dan terus menuju ke kereta yang sudah menunggu di hadapan lobi mahkamah.
Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk ke pangkuan Farid.
Ads
Dalam satu temu bual bersama media, Farid mengaku berlaku perselisihan faham kecil antara mereka, sebelum Diana berkongsi kenyataan akan memfailkan perceraian buat kali kedua.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Foto: Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilihat mempunyai fizikal yang lebih susut berbanding pada awal kemunculannya sebagai penyanyi beberapa tahun dulu, Syamel mengakui rasa lebih terinspirasi apabila melihat ramai anak muda yang mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, meski ada rasa untuk tampil seperti tubuh fit dan sasa, penyanyi Tak Kan Terlerai ini bagaimana pun lebih selesa tampil lebih kurus berbanding badan yang mempunyai otot seperti ahli bina badan.
“Suka tengok anak muda badan semuanya cantik. Inspirasi juga bila tengok tambahan pula saya pun dalam proses untuk kuruskan badan. Tapi tak adalah sampai mahu sado. Memadai kalau berat badan turun berbanding sebelum ini.
“Bila saya nak kurus tu, tak adalah saya nak kata tak okay kalau tubuh besar. Cuma saya pernah ‘berada’ di situ. Jadi apa salahnya kalau saya ambil inesiatif dengan turunkan seterusnya jaga berat badan,” jelasnya.
Ditanya berapakah berat badannya ketika ini, Syamel memberitahu berat badannya sekarang adalah sekitar 80 kilogram (kg).
“Sekarang berat dalam 80kg. Dulu dalam 99kg macam tu. Kalau boleh nak turunkan lagi 10kg.
“Akan tetapi, saya tidaklah terlalu push sangat. Buat pun mana yang termampu,” terang Syamel yang banyak mengisi masa dengan bersukan, terutamanya Futsal.
“Saya tidak kisah kalau tak dapat makan nasi. Pada masa sama, saya juga akan main fustal sekurang-kurangnya dalam tiga kali dalam seminggu,” kongsi Syamil optimis.
Foto: Instagram Syamel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Rozita Che Wan menyelar kenyataan seorang individu yang meningalkan komen biadab di salah satu hantaran di akaun Instagram anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Individu berkenaan merasakan kelakukan Aaisyah ketika ini akan cenderung membuatkan dirinya mempunyai sifat ‘pick me girl’ (suka mencari perhatian lelaki).
Lantaran itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menjaga percakapan dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan orang lain dengan gelaran negatif.
“Eh kau jangan kurang ajar nak komen anak orang suka-suka hati. Jaga diri kau tu. Jangan sampai jadi sundal,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh Che Ta menerusi akaun Instagram milik Aaisyah.
Untuk pengetahuan, akaun Instagram milik isteri kepada pelakon Zain Saidin itu masih gagal untuk diakses selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pada masa sama, Che Ta turut mengigatkan individu berkenaan untuk memberikan fokus terhadap keluarga sendiri dan bukan orang lain.
“Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal atau call girl (pelacur),” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Aaisyah juga kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.
Sekadar informasi, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...