Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memaklumkan pihak peguamnya kini sedang menguruskan proses bagi menentukan tarikh perbicaraan semula berhubung kes saman RM2.5 juta terhadap lima individu atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, pihaknya menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai perbicaraan yang dijangka berjalan tahun hadapan.
“Mengenai kes tersebut, pada bulan 12 ini, pihak peguam akan melakukan proses pengurusan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan pada tahun 2023.
“Jadi, kita kena tunggulah perkembangan susulan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada MH.
Nana berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi pelancaran single Menyantun Kasih, di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Nana menambah, buat masa ini dia belum boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung kes tersebut.
“Lagipun perkara ini, saya tak boleh nak ulas dengan lebih lanjut sebab masih lagi dalam proses,” ujarnya lagi.
Ads
Pada Julai tahun lalu, Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Sesyen Sivil di sini dengan menamakan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah.
Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias untuk membatalkan saman difailkan penyanyi itu terhadap mereka berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagra, lapor Kosmo!
Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.
Ads
Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili bintang berusia 38 tahun, selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.
Menurut peguam, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
Dalam pada itu, Nana akui teruja apabila impiannya untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penyanyi lagenda tanah air, Datuk M. Nasir akhirnya menjadi kenyataan.
Malah, Nana menyifatkan penghasilan lagu ini sebagai satu pengiktirafan buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
Ads
“Lagu ini bergenre pop tetapi turut disuntik elemen sunda dan fusion. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Datuk M.Nasir untuk lagu ini.
“Jadi, apa sahaja yang lagu yang beliau beri kepada saya saya akan terima kerana saya tahu hasilnya mesti terbaik.
“Datuk M.Nasir pun dah tahu kelebihan dan kekurangan saya sebagai penyanyi. Tak semua penyanyi berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan beliau.
“Ia satu penghormatan buat diri saya kerana beliau sudi mencipta lagu untuk saya. Sebenarnya lama dah saya minta lagu daripada beliau cuma sekarang baru jadi kenyataan,” kongsinya lagi.
Lagu Menyantun Kasih kini sudah tersedia di seluruh platform penstriman dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Shahrol Shiro mendedahkan penghantar surat yang satu ketika dahulu pernah tular gara-gara isu melastik seekor anjing di sebuah kawasan kejiranan kini difahamkan sudah kembali bertugas.
Jelas Shahrul, penghantar surat yang dikenali dengan panggillan Dollah Posmen itu nyata gembira kerana dia dapat kembali menjalani rutin hariannya seperti sedia kala.
Katanya lagi, dia juga amat berterima kasih kepada Shahrol kerana telah membantunya menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Terserempak dengan Dollah posmen yg pernah viral dahulu pasal lastik anjing kini sudah menyarung baju posmen kembali.
“Tak henti mulut melafazkan syukur dan terima kasih atas bantuan termasuk doa-doa dari semua beliau tidak diberhentikan kerja.
“Kita cuma bantu apa yang mampu. Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Lepas menteri umum boleh duk kat kedai makan nanti kita ngeteh yer Dollah.,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrol turut menambah, dia sememangnya berasa amat senang apabila dapat membantu lebih-lebih buat mereka yang ketika ini terkesan hidupnya dek kerana penularan wabak Covid-19.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selain turut berharap agar insiden seumpama ni dapat dijadikan pengajaran.
“Semoga murah rezeki Encik Dollah dan kerjalah dengan jujur dan amanah. Kepada Encik Shahrol diucapkan syabas.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kerja Dollah. Terima kasih Shahrol yang bantu selesaikan masalah ni dulu.
“Terbaikl bang. Mai jadi wakil union Pos Malaysia la,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Zizan Razak berkongsi sebuah foto dengan sahabat baiknya Neelofa dan menjelaskan ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak memikat wanita jelita itu.
Bintang asal Terengganu ini bagaimanapun secara seloroh mengatakan Neelofa bukanlah produk minyak wangi di kedai yang boleh dicuba sesuka hati.
Malah dia turut mencipta gabungan namanya bersama wanita itu.
@neelofa dan neeZizan. Terbelek2 phone ternampak pic ni. Dan ramai juga yang tanya Zizan nape tak try Lofa.
“Zizan jawab simple je “ko ingat lofa tu perfume dekat sephora nak try2” dan orang itu berlalu pergi hilang tah kemana whatsapp pun diblock ig pn private. Sekian cerita harini. #stayathome #kitamestimenang,” kongsinya.