Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor tampil memberikan ulasan mengenai beberapa kenyataan pihak yang meminta individu terpalit kontroversi menerusi siri pendedahan wanita Singapura, yang dikenali sebagai Sarah Yasmine agar membuat laporan polis.
Malah ada juga yang berpendapat wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu balik ke negara asalnya, Singapura.
Menurut Aminahtul, jangan menjadikan isu curang itu masalah antara dua negara kerana ia membabitkan sikap individu.
“Saya dengar beberapa individu mengeluarkan kenyataan kepada media meminta untuk mana-mana individu yang terbabit dan terpalit dengan pendedahan Sarah Yasmine membuat laporan polis.
“Ada juga isu menyatakan bahawa ‘you orang Singapura, balik Singapura, selesaikan masalah ini di Singapura’. Jangan mengaibkan artis di Malaysia.
“Saya hanya menyatakan isu undang-undang. Tetapi, kena faham, ini bukan isu negara pun, tak ada kaitan langsung dengan Malaysia dan Singapura sebab ini masalah sikap. Negara ada banyak masalah dah,” katanya.
Ads
Menerusi hantaran video di TikTok, Aminahtul juga menjelaskan kedudukan isu itu dari sudut undang-undang.
“Apabila buat laporan polis, saya terangkan apa akan berlaku. Contohnya, di bawah fitnah atau di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Apabila laporan polis dibuat, telefon yang digunakan oleh Sarah Yasmine untuk tangkap layar dan muat naik di Instagram akan dirampas.
“Polis akan hantar kepada forensik untuk ekstrak segala-galanya untuk tengok dari mana punca metadatanya, dari mana dapat, betulkah tangkap layar itu daripada telefon Sarah Yasmine sendiri, betulkah ia adalah simpanan peribadi atau ada tak sumber lain yang menghantar maklumat kepada Sarah Yasmine dan digunakan untuk dimuat naik di Instagram? Mereka akan siasat. Kalau ada laporan polis dibuatlah.
Ads
“Soalan saya, bolehkah ia jatuh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah? Bolehkah ia jatuh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyatakan bahawa sesiapa yang menggunakan media sosial untuk memberikan hantaran lucah, jelek, mengancam ataupun menyakitkan hati orang lain yang palsu,” katanya.
Jelasnya lagi, tidak perlu membuang masa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Dalam Seksyen 233 dan Seksyen 500 ada elemen yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan dapat dibuat. Kenapa kita nak buang masa polis dan SKMM untuk siasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine ini?
“Kenapa kita nak buang masa sedangkan banyak lagi kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini? Ini masalah peribadi mereka,” katanya.
Ads
Terdahulu, akhbar ini melaporkan penerbit dan pengarah Erma Fatima meminta Sarah Yasmine pulang ke negara asalnya dan selesaikan isu itu di sana selain kecewa dengan sikap wanita itu yang sudah membuka aib beberapa artis tempatan sekali gus menggesa Sarah supaya berhenti menghancurkan industri hiburan Malaysia.
Erma juga menggesa setiap individu yang menjadi sasaran Sarah Yasmine serta dimalukan di media sosial untuk membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM.
Dalam pada itu, Presiden Seniman Zed Zaidi dalam kenyataan menasihatkan kesemua selebriti yang terpalit kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz tampil membuat laporan polis.
Pihaknya juga menyelar Sarah Yasmine sebagai perosak selain meminta pihak terbabit isu berkenaan perlu tampil membuat aduan supaya kemelut sedemikian tidak mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berpendapat, dia kurang bersetuju sekiranya gaya baju Melayu yang terlalu dimodenkan sehingga ‘mengikis’ keaslian persalinan tersebut.
Aeril berkata, rekaan baju Melayu yang sedemikian bukan menjadi faktor terbesar untuk menarik minat pembeli’ berbanding kualiti.
“Setiap tahun kita melihat pelbagai rekaan baju Melayu ada di pasaran. Kalau nak beri pendapat mengenai rekaan yang terlalu moden sehingga menghilangkan keaslian baju Melayu, saya kurang setuju.
“Mungkin yang rekaan tersebut ada peminat yang tersendiri, cuma mungkin juga tak ramai berbanding peminat Baju Melayu sedia ada tetapi yang diterapkan kualiti dengan harga mampu milik.
“Malah pada sayalah, mesti ramai yang suka dengan Baju Melayu tradisional yang diselitkan dengan sentuhan moden yang tidak berlebihan. Ia digemari peminat busana tersebut yang mahu tampak lebih maskulin dan praktikal,” katanya.
Suami kepada Wawa Zainal itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Baju Melayu Soultan x Hijabistahub, di JW Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Pada masa sama, saya seorang cerewet dan untuk kerjasama ini, kami ambil masa dua tahun sebelum bersetuju dengan meneruskan projek Soultan. Fikir dahulu masak-masak sebab saya juga pernah terlibat dengan jualan baju Melayu sendiri sebelum ini.
“Saya sendiri melihat pelbagai aspek iaitu jualan, kredibiliti dan produk itu sendiri yang dihidupkan oleh pengasasnya, Ahmad Syafiq Hilmi dan Wanie Elena.
“Kerjasama ini melibatkan nama saya, jadi saya tak boleh terus setuju kerana jika ada apa-apa terjadi, nama saya terpalit. Bagaimanapun, saya melihat mereka berdua sebagai antara usahawan Melayu berjaya dan dipercayai,” katanya lagi.
Terdahulu pada majlis sama, kira-kira 300 selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial hadir memberi sokongan bersempena dengan pelancaran jenama Soultan.
Ia membariskan pertunjukkan fesyen daripada pasangan selebriti seperti Alif Aziz dan Bella Astillah, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Nisdawati dan Fauzi Nawawi, termasuk Aeril dan Wawa sendiri.
Penyanyi Iman Troye, Ryan Bakery dan Boss James turut memperaga persalinan istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba.
Jika sebelum ini kursus Taylor Swift ditawarkan di Clive Davis Institute of Recorded Music di New York University, kini dia akan menerima penghormatan sebagai penerima ijazah kehormat doktor falsafah dari universiti berkenaan.
Penyanyi popular itu akan menerima ijazah kedoktoran dalam bidang seni halus pada majlis konvokesyen graduan tahun 2022 yang dijangka mengambil tempat pada Rabu, 18 Mei.
Selebriti terkenal berusia 32 tahun itu dijangka akan memberikan ucapan dalam majlis graduasi tersebut. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan university tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.
“PTaylor Swift akan menerima Doktor Seni Halus, ijazah kehormat, pada majlis pagi itu dan akan menyampaikan ucapan kepada graduan dan tetamu bagi pihak semua penerima ijazah untuk Kelas 2022. Pemenang Grammy sebanyak sebelas kali, Taylor merupkan salah seorang artis paling prolifik dan terkenal dalam generasinya.
“Dia adalah satu-satunya artis wanita dalam sejarah yang memenangi penghormatan tertinggi industri muzik, Anugerah Grammy untuk Album Terbaik sebanyak tiga kali. Pelbagai anugerah dan penghormatan yang diterimanya, ini termasuklah menjadi artis yang paling banyak menang dalam sejarah Anugerah Muzik Amerika.
“Selain dinamakan sebagai Artis Dekad Ini, dia juga pemenang BRIT Awards International Female Solo Artist of the Year pada 2015 dan Anugerah Ikon Global pada 2021; dan pemenang pertama dan dua kali Billboard untuk Anugerah Wanita Dekad Ini. Dia merupakan satu-satunya artis solo abad ini yang mempunyai tiga album berada di kedudukan No. 1 dalam masa satu tahun,” jelas kenyataan media tersebut memberi justifikasi atas penganugerahan.
Untuk pengetahuan pembaca, Ijazah Doktor Kehormat adalah satu gelaran yang diberikan kepada individu berpengaruh dan juga banyak menyumbang dalam satu-satu bidang.
Penerima anugerah ini tidak perlu melalui sesi pembelajaran mahupun menghasilkan thesis. Sebaiknya mereka dinilai menerusi kerja keras yang dilakukan dan impak kepada masyarakat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan