Bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri reda selepas diuji apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.
Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak.
Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.
Ads
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya memetik Remaja.
Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa.
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.
Ads
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram.
“Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.
”Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan insyaallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sedutan tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Sumber, Foto: Majalah Remaja, Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi memaklumkan dirinya bernasib baik daripada dipenjarakan atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, tidak lama dulu.
Perkongsian tersebut dibuat bapa kepada dua cahaya mata ini menerusi Instagram. Bagaimanapun, Fizul turut mendedahkan dirinya ditipu dan berharap agar individu terlibat mendapat balasan di akhirat kelak.
“Alhamdulillah Bernasib baik masih lagi selamat dari status banduan, terima kasih ya Allah. Kepada yg berkenaan tu tunggu lah balasan allah s.w.t kalau di dunia anda selamat xpe ingt akhirat pasti xkn terlepas.
“sama jugak yg si staff yg penipu,kau boleh tipu bos tapi sampai satu masa kau xkn terlepas. Pasti akan kantoi jugak.
“Tunggu lah pembalasan dari allah sbb kau tahu aku x akn buat apa2 kalau kantoi paling tidak kena buang kerja je kn?
“Sbb apa sbb manusia bukan ada hak nk menghukum sesama manusia. .
ujian tahun ni berniaga 2,3 org penipu, nasib la. Sabo jela,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang #janganpercayasangatpekerja, #kawanmakankawan dan #penipu.
Imbas kembali, Fizul atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi sebelum ini didakwa dengan membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Foto: Instagram Fizul Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) akan memulakan tugas baharu sebagai penyampai radio stesen Hot FM bermula Rabu depan.
Khairy, 47, atau KJ mengesahkan penyertaannya dalam gandingan skuad Bekpes Hot menerusi temuramah melalui telefon pada segmen sama yang bersiaran pagi tadi.
Dua minggu lalu, Hot FM membuat surat tawaran terbuka di laman Instagram mereka kepada bekas ahli parlimen Rembau itu selepas KJ dipecat daripada keahlian UMNO.
Media Prima Audio (MPA) menerusi satu kenyataan berkata, KJ akan memulakan tugasnya sebagai penyampai radio setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi bergandingan bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.
“Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.
“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa syukur apabila anak kepada Datuk Eizlan Yusof, Zareef Yusof yang terselamat dalam tragedi kemalangan kru Mak Cun, Khamis lalu.
Perkara itu dikongsikan Erma dengan memuat naik video bersama kanak-kanak berusia 10 tahun itu.
“DIA sangat istimewa dihati aku..
Seorang anak yg dibesarkan dgn kehidupan yg sgt selesa TETAPI penuh dgn peradaban.
“Mulutnya tk lepas dari kata maaf..dia tk sombong dgn kesenangannya..pandai beli jiwa semua orang..such a sweetheart..
“Beberapa hari sebelum kemalangan dia
tidur dgn aku..kdg2 pegi set satu kereta dgn aku..mkn sama2..balik sama2.. pagi tu dia berangkat ke set dari hotel 5 minit awal dari aku..
“Bayangkn ketika aku melewati tempat kemalangan..aku nampak kereta dia dah terbalik. Aku berlari turun kereta dlm tangisan cari dia.
“Aku nampak dia duduk tepi jalan dlm keadaan terkejut.
“Alhamdulillah..malaikat jaga kau sayang..sedikit luka pun tkde.
“Aku tetap bawak dia ke hospital untuk check. Dan kau anak yg sgt kuat sayang..kau tetap nak teruskan shooting.. Terima Kasih Allah kerana kau selamatkan dia dr segalanya saat kau menghantar dugaan itu.
“Anak ku…kau berbakat seperti ayah kau..darah yg mengalir dlm tubuh kau ada darah seni.
“Tapi ini bukan tempat kau sayang..ini hanya tempat utk kau bermain…kau ada tugas yg lbh besar yg kau harus selesaikan iaitu persekolahan mu. Apa pun..kau selalu dan akn sentiasa berada di dalam hatiku.. #mysweetheart,” tulis Erma penuh emosi.
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...