Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Menurut Pekin, hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook sebelum ini itu antara lain sebagai salah satu usahan untuk membantu memperbaiki hubungan rakan artis, Fattah dan Fazura.
“Kecam itu perkara biasa. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya bercakap sebegitu sekiranya Fazura terbaca, dia boleh menilaikan semula keputusannya.
“Ini perkara baik. Kita tak nak rakan-rakan bercerai-berai dan mahu mereka kembali bersama. Apapun, yang melalui ini mereka sendiri dan mereka lebih tahu.
“Sebagai kawan, saya nak bagitahu perkara positif sahaja. Bila kata Fattah curang, saya tak percaya. Saya kenal Fattah macam mana.
“Saya buat posting tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Mona Ellen ini turut manafikan dirinya hanya menyokong sebelah pihak sahaja.
“Kedua-duanya saya kenal. Kami pernah lepak sekali. Saya juga pernah berlakon dengan Fazura tapi saya lebih rapat dengan Fattah. Sudah tentu saya akan pertahankan teman sendiri.
“Kalau dia pun perangai entah apa-apa, saya pun tak akan pertahankan. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu (curang).
“Orang lain pun tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai keadaan Fattah sewaktu mereka sama-sama menjalani penggambaran filem, Pekin memaklumkan Fattah sentiasa kelihatan tenang seperti tiada masalah.
“Fattah tiada kongsi apa-apa. Kami jalani penggambaran yang lama di Terengganu. Bila saya tanya Faz tak datang ke? Dia kata Faz ada di luar negara.
“Dia juga kerap berkongsi fasal anak. Maklumlah anak-anak kami pun sama-sama masih kecil. Kami menjalani penggambaran seperti biasa.
“Fattah berikan komitmen yang sangat baik seperti tiada masalah,” akhirinya.
Terdahulu, Fattah dan l Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI