
Sebentar tadi, pelakon Pekin Ibrahim ada berkongsi sekeping foto percutiannya bersama isteri, pelakon Mona Allen.
Namun apa yang istimewanya, foto berkenaan merakamkan aksi kandid Pekin yang sedang memegang perut Mona dengan kaspyen seperti membayangkan sesuatu.
“Caption this,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji.
Lalu, entri berkenaan dihujani dengan pelbagai komen dan rata-ratanya memberi ucapan tahniah buat pasangan terbabit, termasuk rakan selebriti.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada awal Disember lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
Foto: Instagram Pekin Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azad Jasmin Pernah Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Sebab Emas

Selebriti Azad Jasmin mendedahkan dia sebelum ini pernah bermasam muka dengan isterinya, Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.
Menurut Azad, ketika menyampaikan hasrat itu kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang suaminya akan menjadi salah seorang mangsa penipuan atau scammer.
“Jujurnya saya memang pernah ditipu sebelum ini dengan kerugian yang banyak juga jadi saya faham bila Eira tarik muka dan tidak bersetuju pada awalnya.
“Bagaimanapun, saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila isteri nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum,” katanya.
Azad yang juga penyampai radio berkata demikian pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, tujuan dia membuat keputusan melabur emas sebagai tujuan simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.
Namun Azad mengakui dia mengambil iktibar atas kesilapan lalu dengan melakukan pemeriksaan mengenai pelaburan yang diceburi ketika ini.
Dia yang juga rakan artis bagi QM berkata, sebelum bersetuju beberapa langkah turut diambil termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.
“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.
“Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turun serta berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.
“Bila jumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran boleh percaya kepada kami semua,” katanya lagi.
Azad turut menegaskan, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.
Lantaran itu, dia berkata usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.
“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik. Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila,” katanya.
Dalam pada itu, Azad berkongsi berita gembira apabila dia kini sudah memperbaharui kontrak sebagai penyampai radio ERA FM.
Tambahnya, dia memilih untuk memberikan fokus kepada bidang radio dan pelaburan pada masa ini dan meletakkan lakonan ke tepi.
“Selain di radio selama lebih kurang setengah hari, saya juga bapa kepada tiga anak dara yang memang rapat dengan saya. Jadi saya perlu beri tumpuan kepada mereka.
“Saya juga menyokong kerjaya seni Eira yang kini turut berkembang ke negara jiran Indonesia,” katanya.
Terdahulu, satu majlis Mou diadakan antara QM iaitu syarikat pengimport dan pembekal emas dengan Semboyan Malaysia bertujuan menyediakan solusi kepada hal berkaitan pelaburan emas yang sah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tuhan Izin Berjumpa Dengan Orang Hebat, Niat Nak Dapatkan Consultation Tapi…,” – Wany Hasrita Jumpa Prof Muhaya, Buat Rawatan Apa?

Penyanyi Wany Hasrita telah berkongsi kegembiraannya melalui posting yang dimuat naik di Instagram.
Perkara tersbut melihatkan apabila penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu telah menjalani rawatan lasik mata di Pusat Mata & Lasik Dr Prof Muhaya di Kajang.
View this post on InstagramA post shared by WH (@wanyhasrita) on
“Alhamdulillah semalam wany dpt peluang berjumpa @profmuhaya utk rawatan ReLEx – SMILE. Mula2 niat nak dptkan consultation je, tapi Allah permudahkan, condition mata semua dlm keadaan okay & boleh buat terus petang tu,” tulisnya.
Dia juga berterima kasih kepada Prof banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Wany.
“Terima kasih banyak @profmuhaya & semua staff. MasyaAllah baik sgt & environment nya pun sgt positif. Alhamdulillah, Tuhan izinkan berjumpa dgn org hebat ini & sempat berbual dgn Prof, banyak nasihat prof bg pd wany. one of moment yg wany akan ingat sampai bila-bila,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Wany sempat berkongsi sepotong video yang memaparkan dia sedang menjalani rawatan lasik mata.
“How can you not love her? Ini lah yg sy dengar sepanjang procedure ReLEx SMILE semalam, dengar org yang sy kagumi mendoakan sy, masyaAllah dia punya bahagia lain mcm. Rasa takut pun automatic hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, netizen turut berasa teruja melihat proses rawatan yang dilakukan Prof yang positif kerana memberi kata-kata semangat dan mendokan Wany.
Untuk rekod, Wany pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2018 yang berlangsung di Pusat Konvosyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Oktober lalu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Pelakon Daler Yusuf Meninggal Dunia

Pelakon, Daler Yusuf memaklumkan bapanya telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, pada Khamis.
Berita sedih itu dikongsi di laman media sosial Instagram.
Sambil menzahirkan perasaan buat insan tersayang yang telah pergi selamanya, bintang drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini turut mendoakan agar arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman.
View this post on InstagramA post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf) on
“Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure. Today my father passed away due to the covid19.
“Banyak hajat dia dan cita cita dia yang belum kesampaian , but I believe Allah swt loves him more. May Allah bless his soul and may he be placed di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat. Amin ya Allah SWT,” tulis Daler.
Gambar
Sebelum ini, nenek kepada Daler turut mengalami meninggal dunia selepas dijangkiti wabak Covid-19 pada awal Ogos lalu.
MH mengucapkan salam takziah kepada Daler sekeluarga.
Foto: Instagram Daler Yusuf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI