Sebentar tadi, pelakon Pekin Ibrahim ada berkongsi sekeping foto percutiannya bersama isteri, pelakon Mona Allen.
Namun apa yang istimewanya, foto berkenaan merakamkan aksi kandid Pekin yang sedang memegang perut Mona dengan kaspyen seperti membayangkan sesuatu.
“Caption this,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji.
Lalu, entri berkenaan dihujani dengan pelbagai komen dan rata-ratanya memberi ucapan tahniah buat pasangan terbabit, termasuk rakan selebriti.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada awal Disember lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
Foto: Instagram Pekin Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biasalah Bila Dah Kaya, Maju… Datang Orang Dengki Dekat Kau, Datanglah B*bi-B*bi Hamlau,” – Sahkan Kehadiran Di Mahkamah, Kak KM Turut Dedah…
Usahawan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM meminta ramai supaya tidak perlu bimbang di dalam menggunakan produk keluarannya.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram, Kak KM bagaimanapun turut mendedahkan, situasi yang berlaku seolah-olah perkara lumrah apabila ada pihak yang didakwa mulai rasa iri apabila perniagaannya mulai sukses.
“Tak payah nak risau, nak bagitahu dekat sini, semua produk kak KM ada kelulusan. Tak payah nak takut, tanpa was-was lagi nak pakai apa pun.
“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh kalahkan kau lagi, mulalah datang pengkhianat.
“Datang orang yang dengki dekat kau, datanglah babi-babi hamlau, biasa. Tapi kita rilek lah kita tak buat salah apa dengan kau.
“Itu kes dah lama yang baru sekarang nak kemukankan tapi tak apalah macam mana pun kita hadap sahaja, lagipun benda dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.
View this post on InstagramAlhamdulillah selesai sudah… Allah permudahkan 🎥😇 Yang pastinya pengkhianat miskin hina
A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on
Sementara itu menerusi posting terdahulu, Kak KM turut mengesahkan mengenai kehadirannya di mahkamah beberapa hari lalu.
“Sabarlah… Sabar, yang kena dakwa aku bukan korang. Terima kasih yang prihatin dekat Kak KM, yang kesian, yang tanya sama ada betul atau tidak pada tadi saya dekat mahkamah.
“Betul tak salah orang lagi, macam ni paparazzi ambil gambar aku, seronok tapi aku pun keliru tadi nak buat ‘peace’ ke buat apa tak tahu sebab kita tak bersalah.
“Yang pasti bukan Sweet Dara, bukan jamu kak KM yang punya fasal ni, yang punya fasal adalah produk Kak KM yang lagi satu, hal-hal fasal lambat keluar kelulusan KKM.
“Benda tu tak ada apa dah selesai syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, memang dipermudahkan,” katanya lagi.
View this post on InstagramRasa macam jlo plak tadi kat mahkamah Lebih 40 orang reporter 🤣🏆📷📽📸🎥
A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on
Terdahulu pada Isnin lalu, berita mengenai anak seorang pelakon dan juga seorang Instafamous didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan mulai diperkatakan ramai.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alif Satar Syukur Dapat Tunai Solat Jumaat Secara Berjemaah Di Masjid, Tambah Kapasiti
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar memanjat rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, pihak kerajaan telah menetapkan syarat untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan di masjid atau rumah ibadat dijalankan selepas bilangan kes positif Covid-19 kembali meningkat di seluruh negara.
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.
“Alhamdulillah.. after so many weeks… finally. wear your mask, bring your own sejadah..
“Doa semoga semuanya beransur pulih, insyaAllah. Terima kasih warga @masjidwilayahpersekutuan membantu jemaah yang hadir agar semua dapat beribadah dalam keadaan selesa, dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
“Salam jumaat, al kahfi mode ON! @iktikafalif,” tulisnya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata peminat berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segara berakhir supaya orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benda Yang Korang Buat Dah Dilaknat Allah, So Tak Payah Over,”- Zarina Anjoulie Komen Isu LGBT
Mengenai isu perhimpunan dan perarakan kaum LGBT yang berlaku di Putrajaya beberapa hari lepas, nyatanya ia masih lagi menjadi perbualan.
Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie juga turut telah memberikan pendapat mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Issue LGBT ramai yg nk hidup macam kat negara Barat Tapi diorang tau yg best je yg buruk korang tak tau . I’ve travelled to so many country before but trust me when I say our country is the best. Korang patut chill je tak yah nk over” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@zarina_anjoulie) on
Menariknya, video tersebut kelihatan Zarina juga telah berkongsi pengalaman yang berbeza mengenai budaya LGBT di luar negara.
Lantas, pendapat yang dilontarkan pelakon berusia 32 tahun itu telah mendapat perhatian netizen.
Malah, netizen juga turut bersetuju dengan pendapat yang dikongsi Zarina.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Zarina.
Video : Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI