Bagan serai, seorang pelajar wanita cuba melakukan aksi merbahaya dengan memanjat tangki air dipercayai histeria di sebuah sekolah.

“Dia meracau dalam bahasa yang saya tak fahami sambil memanggil nama Saravanan,” kata saksi kejadian seorang pelajar perempuan yang cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Seorang saksi dikenali Jaafar 49, berkata remaja tingkatan empat itu dilihat berada di tangki air berketinggian lebih 18 meter sambil meracau.

“Saya dengar dia sebut nama Saravan berulang kali dan macam nak terjun. Ketika itu ramai guru dan pelajar cuba pujuknya turun, tapi tak diendah,” katanya.

Tambah Jaafar lagi, pelajar terbabit memanjat tangki air yang tidak berpagar ketika ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Ads

Difahamkan lagi, tangki air yang terletak bersebelahan bangunan asrama sekolah itu tempat remaja terbabit tuju dari kelasnya dengan keadaan murung.

“Beberapa guru dan pelajar lelaki mengambil langkah keselamatan awal dengan meletakkan tilam yang sering digunakan untuk sukan lompat tinggi di bawah bangunan tangki itu,” kata Jaafar lagi.

 

“Pihak sekolah juga panggil pengamal perubatan Islam bagi membantu,” katanya.

Bagaimanapun, setelah anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai menerima panggilan kira-kira jam 10.55 pagi, remaja terbabit berjaya diselamatkan.

Ads

Ketua Operasi, Nasir Wahab berkata, remaja yang dalam keadaan meracau itu cuba meniti bahagian pengadang jalan tangki air setibanya tujuh anggota sampai di lokasi.

“Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit memujuk mangsa, namun gagal. Dalam tempoh itu, mangsa dilihat nekad untuk terjun.

 

“Apabila mangsa cuba untuk turun tangki air itu, anggota terus menerpa mangsa dan membawanya turun sebelum diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Remaja yang hanya berseluar sukan, baju T lengan panjang itu tidak memakai kasut dan tidak memakai seragam sekolah.

Ads

“Tiada sebarang alatan mahupun senjata berbahaya dibawa bersama,” katanya.

Katanya, operasi tamat pada jam 11.38 pagi.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI