Abbie Stockard, 22, telah dinobatkan sebagai Miss America 2025 sekaligus menjadi pemenang ke-97 pertandingan ratu cantik berprestij yang telah dianjurkan sejak tahun 1921 itu.

Merupakan pelajar jurusan kejururawatan dari Auburn University, Abbie yang mewakili negeri Alabama berjaya mengalahkan 50 peserta lain yang mewakili negeri masing-masing di Amerika Syarikat.

Saat sesi soal jawab untuk menentukan juara, Abbie yang juga seorang ketua sorak di universiti ditanya berkenaan maksud kejayaan bagi dirinya.

Pelajar Kejururawatan Dinobat Sebagai Miss America 2025, Menang Biasiswa Bernilai Lebih RM220,000

“Kejayaan didefinisikan dengan memiliki gol yang jelas. Saya percaya untuk menjadi orang yang berjaya kita harus melalui halangan. Ia tentang beradaptasi dengan perubahan dan mendahulukan tugas. Selain itu kekal fokus, disiplin dan konsisten.

“Ini merupakan set skil yang saya perolehi sepanjang bertanding di Miss America Opportunity dan sebagai Miss America saya akan bersedia untuk melalui jatuh bangun serta segalanya yang berkaitan dan berjaya dalam peluang ini,” jawabnya tegas.

Ads

Selain Abbie, Annette Addo-Yobo yang mewakili Texas berada di kedudukan naib juara. Manakala, Carley Jaymes Vogel, Casana Fink dan Stepahanie Finoti yang masing-masing mewakili Tennessee, Florida dan Ohio berpuas hati di kedudukan ketiga, keempat dan kelima.

Seiring dengan kemenangannya, Abbie membawa pulang wang tunai biasiswa bernilai lebih RM220,000, mahkota dan selempang.

Empat lagi peserta yang berada di kedudukan lima terbaik pula membawa pulang wang tunai biasiswa bernilai lebih RM44,000 setiap seorang berserta trofi.

Pelajar Kejururawatan Dinobat Sebagai Miss America 2025, Menang Biasiswa Bernilai Lebih RM220,000
Lima peserta terbaik Miss America 2025

BACA JUGA: Wakil Denmark Dinobat Sebagai Miss Universe 2024. Nigeria Di Kedudukan Naib Juara

Ads

BACA JUGA: Pemecah Kemarau 53 Tahun! Kenali Sandra Lim, Top 30 Miss Universe 2024

Pertandingan Miss America kali ke-97 ini telah diadakan di Orlando, Florida menyaksikan pada peserta telah melalui minggu pageant yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah sesi temu duga tertutup.

Daripada 51 peserta, mereka dikecilkan kepada 11 peserta terbaik sahaja berdasarkan segala markah yang terlah terkumpul menerusi sepanjang pertandingan sebelum malam finale.

Mereka kemudiannya melalui sesi pembentangan idea mengenai topik terkini, peragaan pakaian sukan dan busana gaun petang serta persembahan bakat. Setelah itu, hanya lima peserta terbaik yang akan melalui sesi soal jawab secara langsung.

Ads

Pertandingan Miss America berbeza daripada pertandingan ratu cantik yang lain kerana pemenangnya tidak akan mewakili Amerika Syarikat ke mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.

Sebaliknya, Miss America merupakan pertandingan yang menumpukan kepada pembangunan wanita menerusi pemberian biasiswa pendidikan kepada pemenangnya. Jadi tidak hairanlah jika semua peserta yang menyertai memiliki latar pendidikan yang baik.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI