Masih segar lagi dalam ingatan tentang sebuah video pelajar yang memukul ibunya kerana mahukan wang.

Terkini menurut satu sumber, pelajar yang dikenali sebagai Shukrey ini sudah pun memohon maaf kepada ibu dan bapanya dan dia juga menyesal dengan tindakan memukul ibunya dalam video tersebut sehingga menarik perhatian orang ramai sekali gus menerima pelbagai kecaman.

Menurut ibu kepada Shukrey, Umisarah Manaf dia mengatakan bahawa sebelum ini Shukrey tidak pernah bertindak sebegitu malah menyayangi ibunya. Ini adalah kali pertama anakya itu bertindak sedemikian.

Pelajar Pukul Ibu, Mohon Maaf

“Saya terkejut sebab dia buat macam tu kerana dia seorang anak yang baik, dengar cakap. Saya tak sangka tiba-tiba dia jadi panas baran sampai macam tu sekali. Sebelum ni dia jentik cubit saya pun tak pernah,” katanya.

Kata Umisarah lagi, sikap anaknya kini sedikit berubah dan selalu balik lewat malam dan adakalanya langsung tidak pulang ke rumah.

Ads

“Sikap dia nampak berubah sekarang dia dah jadi lain, balik tengah-tengah malam kadang-kadang tak balik langsung,” katanya lagi.

Umisara memberitahu lagi, perkara itu terjadi kerana dia tidak dapat memberikan duit belanja sekolah kepada Shukrey kerana dia hanya mempunyai wang sebanyak RM17 sahaja ketika itu dan wang tersebut perlu digunakan untuk membayar tambang bas ke tempat kerja dan hari bayaran gaji masih lambat lagi.

Sebagai seorang ibu, dia menyifatkan anaknya seorang yang rajin mencari duit sendiri dan selalunya dia mempunyai duit poketnya sendiri.

Shukrey selalu mengutip tin, botol, kotak namun begitu semalam anaknya itu tidak mempunyai wang langsung dan apabila tidak diberikan duit oleh ibunya maka itu membuatkan dia marah dan bertindak memukul ibunya.

Ads

Bapa kepada Shukrey, Mohamad Nasir pula memberitahu ketika kejadian berlaku dia sedang berada di tempat kerja dan kemudiannya dia menerima video tersbut yang dihantar oleh anak perempuannya.

“Jadi saya hantar video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru menasihatinya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini Shukrey kurang berminat untuk ke sekolah.

 

“Sebenarnya sebelum ini saya banyak memarahi dan merotan dia supaya dia tumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya dan tak jadi macam saya,” ujarnya.

Nasir berkata lagi, dia bertindak membuat laporan polis kerana risau tentang keselamatan keluarganya apabila ramai yang mengecam perbuatan anaknya selepas video itu tular.

Nasir juga memohon agar orang ramai tidak terus menghukum keluarganya jika tidak mengenali anak mereka yang sebenar dan situasi yang berlaku. Malah Nasir juga berkata lagi Shukrey merupakan anaknya jadi dia tahu cara untuk mengajar jika anaknya melakukan kesalahan.

Ads

Rentetan daripada hal ini, pihak polis juga turut mengambil keterangan datipada Shukrey dan menjalankan ujian air kencing ke atasnya. Hasil ujian itu mendapati pelajar tersebut bebas daripada pengaruh dadah.

Semoga apa yang terjadi ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat Shukrey dan semua orang di luar sana. Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh menadatangkan malu kepada keluarga.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI