Gadis cantik berambut perang, Krystyna Pyszková telah dinobatkan sebagai juara Miss World 2023. Dalam pertandingan itu diberjaya mengetepikan saingan 111 wakil lain dari seluruh dunia.
Baru berusia 25 tahun, Krystyna dilahirkan di bandar Trinec sebelum berpindah ke Prague untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Dia merupakan pelajar dalam bidang undang-undang dalam masa yang sama bekerja sebagai peragawati.
“Dimahkotakan sebagai Miss World ialah mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat bangga kerana dapat mewakili negara saya dan memaparkan nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” ujarnya kepada pemberita.
Format Miss World 2023 menyaksikan dari 112 peserta yang menyertai pertandingan sejak awal, mereka kemudiannya dikecilkan keada 40 peserta berpotensi sebelum dikecilkan lagi ke 12 peserta sahaja.
Dari 12 peserta mereka kemudiannya dikecilkan ke hanya lapan peserta sahaja sebelum diumumkan empat peserta terbaik untuk merebut gelaran uatama.
Selain Krystina, naib juara jatuh kepada wakil Lubnan, Yasmina Zeytoun manakala Ache Abrahams dari Trinidad & Tobago dan Lesego Chombo dari Botswana masing-masing berada di kedudukan empat terbaik.
Wakil Malaysia pula, Wenanita Angang hanya berjaya berada di kedudukan top 40 apabila gagal ke peringkat seterusnya.
Kali terakhir wakil Malaysia berjaya berada dalam kedudukan top 3 adalah pada tahun 1998 menerusi wakilan Lina Teoh Pick Lim yang berjaya mendapat tempat ketiga.
Acara yang diadakan di India itu mempamerkan persembahan yang kaya dengan budaya, tradisi, warisan, seni dan kraf serta tekstil India kepada khalayak global. Para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu-lagu popular Bollywood.
Pertandingan Miss World 2023 dihoskan oleh personaliti terkenal India, Karan Johar dan Miss World 2023, Megan Young.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI