Menerusi laman media sosial Twitter, pelakon Mimi Lana ada memberikan pendapat mengenai konsep ‘seniority’ yang berlaku dalam dunia lakonan.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, setiap pelakon harus menjaga sikap dan menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.

Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini berpendapat tidak sewajarnya untuk orang ramai terus menghukum dan memberikan perspektif negatif kepada pelakon baru.

“Pelakon baru ke, pelakon lama ke sama je. Masing masing kena jaga attitude and jadi contoh yang baik di set.

Ads

“Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama. Saya rasa Tak logic Kalau Kita nak hentam pelakon baru SAHAJA,” tulisnya.

“Jadi pelakon baru bukan ticket untuk bagi Alasan tak baca script atau memahami script, itu dah jadi tanggunjawab.

Ads

“Jadi pelakon lama pulak bukan ticket untuk selalu datang lambat dan belagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” tulisnya lagi.

Ads

Mimi telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan dan modelling ketika berusia 19 tahun dan pernah terlibat Dewi Remaja 2014/2015.

“Pelakon Baru Ke, Lama Ke Sama Je. Masing-Masing Kena Jaga Attitude,” –  Mimi Lana Beri Pendapat “Pelakon Baru Ke, Lama Ke Sama Je. Masing-Masing Kena Jaga Attitude,” –  Mimi Lana Beri Pendapat

Foto: Twitter Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI