Dikala namanya kini sudah mula mendapat perhatian ramai, pelakon meningkat naik Adrina Kamaruddin harus melupakan seketika impiannya bergelar anak seni bagi menyelesaikan latihan siswazah sebagai seorang doktor.
Menurut Adrina, dia bakal berehat selama dua tahun dan nekad untuk kembali bersaing di dalam industri seni sebaik sahaja tempoh latihan selesai.
“Saya akan berehat sebentar daripada industri seni bermula Oktober ini kerana saya perlu selesaikan ‘housemanship’ atau latihan siswazah sebagai seorang doktor. Saya kena kembali menjalankan tugas sebagai doktor.
“Pada masa sama, saya akan cuba mengisi masa dengan apa sahaja tawaran dalam industri seni. Selepas dua tahun housemanship, saya akan kembali fokus seratus peratus sebagai anak seni,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Dewi Remaja 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu, baru-baru ini.
Jelas Adrina lagi, dia mempunyai perancangan untuk membuka klinik sendiri dan pada masa sama boleh memberikan tumpuan untuk bergelar pelakon.
Ads
“Saya akui memang penat dan enam tahun saya menuntut ilmu dalam bidang perubatan. Namun, bila saya sudah tamat housemanship, saya boleh merancang untuk buka klinik sendiri dan boleh bekerja ikut masa sendiri.
“Pada masa sama, saya boleh menceburi bidang seni juga,” ujarnya.
Ditanya mengenai respon ibu bapanya apabila dia tetap mahu meneruskan impian bergelar anak seni meskipun sudah bergelar doktor, ini respon Adrina;
Ads
“Pada mulanya, pihak keluarga ada yang mempersoalkan keputusan saya. Namun, sejak daripada kecil, saya memang sudah ditekankan untuk terus belajar sehinggalah menjadi doktor.
“Jadi, saya bagitahu bapa, saya minta izin, hanya kali ini sahaja saya ingin buat apa yang saya minat. Alang-alang sudah tamat belajar, dia izinkan tapi kena selesaikan juga latihan siswazah ini,” kongsinya lagi.
Mengakui agak risau sekiranya namanya bakal tenggelam, pelakon drama Awak Terlalu Ganu Untuk Saya ini tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.
Ads
“Saya sebenarnya agak risau dan sedih juga. Namun, saya berpegang kepada rezeki. Saya selesaikan housmanship kerana sudah belajar lama dan nak bahagiakan ibu bapa saya.
“Jadi, saya harap bila saya buat semua ini, Allah akan tolong murahkan rezeki saya bila saya kembali ke dalam industri semula,” tuturnya.
Dalam pada itu, Adrina memaklumkan dirinya juga sudah m membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal untuk menempuh latihan siswazah ini.
“Saya akui housemanship merupakan satu tempoh yang sangat sukar dan mencabar. Seperti semua sedia maklum, ada yang akan berhenti separuh jalan.
“Sama juga seperti nak mula belajar dahulu, ramai yang kata bidang perubatan ini sangat susah. Ramai akan berhenti tapi disebabkan minat, saya lulus sekali jalan sahaja.
“Saya sudah setkan di kepala, apa jadi sekalipun, saya tetap kena habiskan housemanship ini dalam masa dua tahun kerana saya nak kejar semula impian dalam industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Chacha Maembong membuat laporan polis pada 20 Oktober lalu kerana tidak tahan dengan komen melampau serta dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.
Ia susulan dirinya didakwa turut mempunyai kaitan dengan sindiket pelacuran kelas atasan dan aktiviti Macau Scam.
Chacha yang membuat laporan di Balai Polis Seremban berkata, dia sudah dipanggil pegawai penyiasat dan terbuka untuk memberi kerjasama penuh.
“Laporan dibuat sebab ramai yang beri komen yang keterlaluan. Apabila melampau ia memberi kesan kepada perniagaan yang saya usahakan. Malah, ada yang siap nak suruh boikot. Kononnya saya guna duit haram dan sebagainya.
“Jadi, perkara ini beri kesan kepada kerja dan perniagaan. Tersekat rezeki. Apabila tersekat, saya kena buat laporan sebab ia adalah fitnah. Kalau fitnah, saya buat tak tahu, lagilah ia akan menjejaskan nama dalam industri hiburan,” jelasnya.,
Chacha pada masa sama turut menambah, dia juga tidak tahu apakah punca yang menyebabkan dirinya dituduh sedemikian.
“Pegawai penyiasat pun sudah panggil untuk bantu siasatan. Saya cerita semua A sampai Z dan saya tidak terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
“Saya juga tidak dipanggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung kes Macam Scam. Memang tak ada. Saya tak tahu kenapa ia dikaitkan dengan saya.
“Cuma saya fikir, mungkin disebabkan gambar lama yang disebarkan itu lalu saya turut dikaitkan sekali lagi. Sedangkan ia tak ada kena mengena pun.
“Netizen memang suka cari balik gambar lama dan tularkan semula. Jadi, saya cakap kepada peguam memang saya tak ada kena mengena.
“Saya nak fokus kerja dan cari duit saja sebab kita tak tahu sampai bila orang nak panggil kita berlakon. Selagi orang nak, saya buat.
“Jadi, apabila keluar cerita begini, terkilanlah sebab orang masih nampak kejahatan saya berbanding kebaikan. Jadi, perkara ini saya reda dan anggap ujian dalam pada saya nak membina nama semula,” katanya.
Bagaimanapun, Chacha turut menyifatkan dirinya bertuah kerana ahli keluarga yang lain menyokongnya kerana mereka tahu dia tak buat kerja itu dan memintanya untuk tidak melayan komen melampau di media sosial.
“Mereka cakap mulut orang tak boleh tutup. Sama ada kuat untuk hadapi atau tak.
“Cuma diakui masa mula-mula kena memang tak kuat,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander akui ada memohon kenaikkan gaji sewaktu perbincangan untuk melanjutkan kontrak.
Menurut Tyzo, walaupun kata sepakat tidak dapat dicapai, dia tetap menandatangani kontrak kerana masih menyayangi pekerjaannya bersama stesen radio tersebut.
“Memang saya ada mintak kenaikkan gaji sebanyak RM500. Namun, inilah balasan yang saya terima. Mereka hanya sambung kontrak saya dan perbincangan gaji akan dibuat semula pada bulan Mac.
“Walaupun tak beri kenaikkan gaji tapi saya tetap tanda tangan. Kalau saya berperangai diva, saya tidak akan tanda tangan. Itu logiknya.
“Bukan saya sahaja yang minta kontrak enam bulan. Kak Sharifah Shahira pun pernah minta sebanyak dua kali. Bila tak dapat kata sepakat, sebab itu kontrak itu enam bulan sahaja.
“Takkan sebab RM500 terus nak buang saya tapi boleh pula ambil tiga orang baharu,” katanya kepada MH.
Tyzo berkata sedemikian ketika sidang media tergempar yang berlangsung di Damansara, Selangor pada Jumaat.
Pada masa sama, Tyzo turut mendedahkan gaji para penyampai Suria FM telah dipotong walaupun selepas syarikat mencapai keuntungan.
“Sebelum ini, gaji kami telah dipotong banyak hampir 35%. Selepas dua tahun, kami masih tak dapat gaji asal.
“Bila Dj Lin umumkan ada keuntungan besar tapi gaji kami masih dipotong. Saya rasa semua media tahu yang sebelum ini Suria pernah meraih keuntungan tinggi selepas beberapa tahun,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tyzo turut menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.
Katanya, kebiasannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.
Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.
“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.
“Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?” ujarnya.
Malah, Tyzo turut memberikan responnya mengenai rating segmen Suria Petang yang dikatakan menurun sejak dia memenangi anugerah Penyampai Popular, ABPBH.
“Saya kerja sorang sahaja ke? Kalau betul pendengar Suria Petang menurun, kontrak Kak Rara pun sepatutnya ditamatkan juga,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian doa daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di Instagram menarik perhatian ramai.
Menerusi lampiran yang disertai dengan maksud itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohamad Noor, 31, juga meminta ramai untuk mendoakannya dalam doa semua.
“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Malah, posting sama turut dikongsikan bekas hos program MeleTop itu menerusi Insta Stories.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai sebab dan butiran lebih jelas sebab perkara tersebut dikongsikan Neelofa.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan yang baik-baik buat figura asal Kelantan ini selain ada juga yang membayangkan ia bersempena dengan hari bahagianya yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Ameen, cant wait for your big day,” tulis seorang individu.
“Amin… Always doakan. Semoga dipermudahkan segala yang dirancang,” itu kata positif yang ditulis seorang lagi individu.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Lofa seperti yang dirancang. Amin ya Mujib. Tak sabar nak tunggu hari bahagia Lofa dan Haris,” komen seorang lagi pengguna Instagram.
Terdahulu, spekulasi mengenai perkahwinannya bersama Haris Ismail, atau PU (Pencetus Ummah) Riz yang didakwa akan berlangsung minggu ini menjadi bualan di media sosial.
Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan itu.
Media sebelum ini ada melaporkan kenyataan Neelofa yang menafikan dakwaan yang tular di Internet bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.
Pada masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.
Malah, status hubungan mereka turut mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi mengenakan cincin merisik pemberian keluarga Riz.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, Juara Dewi Remaja 2009/10 itu dilihat ada memakai cincin terbabitsemula di jari manisnya, sekaligus membayangkan hubungan di antara keduanya masih baik.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
EMT Ventures Sdn Bhd mengumumkan penganjuran Malika Mega Music Festival 2025 yang akan berlangsung pada Sabtu, 31 Mei 2025 di MAEPS Serdang, Parking 1A.
Meneruskan...