Rakan baik Sarah Jessica Parker, Willie Garson yang dikenali menerusi rangkaian drama dan juga filem Sex & The City telah meninggal dunia pada usia 57 tahun. Willie yang membawa watak Stanford Blatch di dalam siri popular tersebut sebagai seorang agen bakat yang sentiasa berada di sisi Carrie Bradshaw lakonan Sarah Jessica Parker bermula tahun 1998 sehingga 2004.
Dia yang kemudiannya muncul dalam rangkaian filem Sex & The City itu dikhabarkan turut membintangi siri penghasilan semula dari siri asal popular itu yang diberi judul ‘And Just Like That’ yang ketika ini dalam proses penggambaran.
Pelakon ini meninggal dunia pada Selasa disebabkan penyakit kanser pankreas. Mendiang menghembus nafas terakhir di kelilingi orang tersayang dan meninggalkan seorang anak angkat lelaki bernama, Nathen.
Dalam satu hantaran Instagram, Nathen mencurah rasa, “Saya sayang ayah sangat-sangat. Semoga tenang di sana dan saya sangat lega kerana ayah dapat berkongsi semua cabaran dengan saya dan berupaya mencapai pencapaian yang banyak. Saya bangga dengan ayah. Saya akan selalu sayang ayah, tetapi saya rasakan yang kini sudah tiba masanya untuk ayah menempuhi cabaran sendirian.
“Ayah akan selalu ada dengan saya, saya menyayangi ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya lega yang kini ayah sudah berada di tempat yang lebih tenang sekarang. Ayah akan selalu menjadi seseorang yang kelakar, keras kepala dan bijak yang saya pernah kenali. Saya bersyukur kerana ayah berkongsi kasih sayang itu dengan saya. Saya tidak akan melupakannya atau hilangkannya.”
Menarik tentang pelakon ini, walaupun dia melakonkan karakter sebagai seorang lelaki lembut dan gay di dalam Sex & The City, Willie sebenarnya seorang lelaki heteroseksual
Selepas siri asal drama bersiri ini tamat pada tahun 2004, mendiang meneruskan kerjayanya dalam dunia lakonan menerusi drama lain seperti John from Cincinnati, White Collar, Whole Way Down dan Hawaii Five-0 disamping berlakon dalam beberapa buah filem.
Sumber: deadline.com , Instagram Nathen Garson