Selepas Chadwick Boseman yang maut akibat kanser, kini seorang lagi pelakon filem Black Panther meninggal dunia.
Connie Chiume yang memegang watak Zawavari dalam filem tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Ogos 2024 ketika berusia 72 tahun.
Pelakon yang berasal dari Afrika Selatan itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Johannesburg dan perkara itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang dalam satu hantaran di Instagram.
“Famili Chiume dengan rasa sedih berkongsi kepada semua mengenai pemergian pelakon pemenang anugerah antarabangsa, Connie Chiume.
“Connie Chiume meninggal dunia hari ini pada tanggal 6 Ogos 2024. Pihak keluarga meminta jasa baik semua untuk menghormati privasi keluarga yang sedang berduka.
“Pihak keluarga akan berkongsi perincian lebih lanjut tentang perkara ini,” jelas mereka dalam hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mendiang Chiume.
BACA JUGA: 4 Tahun Bertarung Nyawa Lawan Kanser Usus, Pelakon Utama Black Panther Meninggal Dunia
Dalam satu laporan lain bersama media tempatan, Nongelo, anak kepada pelakon terkenal itu berkongsi bawaha ibunya dimasukkan ke hospital untuk menjalani prosedur perubatan sebelum meninggal dunia.
“Dia sudah pulih dengan baik, tetapi malangnya hari ini kami mendapat berita kematiannya,” kata Nongelo.
Selain itu, dia menambah lagi yang punca kematian ibunya belum dapat disahkan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI