
Pemenang anugerah Oscar pada tahun 1981 menerusi lakonannya dalam filem Kiss A Spiderman, William Hurt telah disahkan meninggal dunia pada 13 Mac 2022 setelah bertarung dengan penyakit kanser prostat.
Kanser yang mula dikesan sekitar Mei 2018 itu dikatakan telah merebak ke bahagian tulang dan menyebabkan kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari.
Memetik berita yang disiarkan portal Deadline. Salah seorang anak William, Will berkongsi berita tersebut kepada umum.
“Dengan segala kesedihan keluarga Hurt meratapi pemergian William pada 13 mac 2022, seminggu sebelum tarikh hari lahirnya yang ke 72. Keluarga kami memohon privasi untuk saat ini. William meninggal dunia dalam keadaan tenang secara semulajadi sambil di kelilingi keluarga,” ujarnya pendek.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikon Muzik India, Lata Mangeshkar Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun
William merupakan seorang duda dan meninggalkan empat orang anak.
Pada era 80-an, William terkenal kerana pernah tiga kali dicalonkan dalam kategori pelakon lelaki terbaik untuk anugerah Oscar.
Bagi kalangan generasi baharu, aktor veteran ini terkenal kerana membawa watak Thaddeus “Thrunderbolt” Ross dalam rangkaian filem Marvel.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh! Bekas Suami Ceroboh Majlis Kahwin Britney Spears, Kini Berada Dalam Tahanan Polis

Majlis perkahwinan penyanyi terkenal, Britney Spears dan tunangnya, Sam Asghari telah diganggu dengan kedatangan tetamu tidak diundang iaitu bekas suami Britney, Jason Alexander yang dilapor menceroboh kediaman penyanyi tersebut pada Khamis.
Menurut Pejabat Sherif Ventura County, California, Amerika Syarikat, pihaknya terus bergegas ke kediaman Britney selepas menerima aduan mengenai pencerobohan berkenaan dan Jason kini dilaporkan berada dalam tahanan pihak polis.
Britney berkahwin dengan Jason yang merupakan kenalan lamanya pada tahun 2004 sebelum mereka mengambil keputusan bercerai selepas 55 jam disahkan bergelar suami isteri.
Penyanyi lagu Toxic itu bertunang dengan Sam pada bulan September tahun lalu. Pasangan itu terlebih dahulu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada April lalu namun sebulan selepas itu, Britney dilaporkan mengalami keguguran.
Britney dan Sam melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat.
Britney mengenali Sam ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu. Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline, Britney mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Bekerjasama, Yang Bagus Tak Mungkin Terjadi,” – Pelakon Tiada Asas Bela Diri, Yayan Ruhian Tak Kisah Sebab…

Meskipun sudah menempa nama di Hollywood menerusi filem blockbuster seperti John Wick: Chapter 3 dan Star Wars: The Force Awakens, pelakon Indonesia, Yayan Ruhian mendedahkan dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam melakonkan babak-babak aksi.
Menurut Yayan, kejayaan sesebuah filem itu bukan bergantung kepada individu tetapi kerjasama di antara barisan pelakon untuk mengikut kehendak pengarah.
“Pada pendapat saya, kehebatan sesebuah filem itu terhasil bukan kerana individu itu terkenal atau handal didalam sesuatu hal tetapi ia terjadi kerana kerjasama. Dalam adegan pertempuran, kita tidak berlawan berseorangan.
“Kalau saya berlawan dengan sesiapa pun, sama ada dengan mereka yang mahir dalam seni bela diri atau yang tiada asas langsung, saya tetap kena ikutkan senario yang telah ditetapkan oleh pengarah.
“Siapa yang kalah atau menang, diserang atau menyerang, itu semua sudah ditetapkan. Jadi, di dalam sesebuah filem itu, kita kena percaya dengan sesiapa sahaja yang bekerja dengan kita saat itu,” katanya kepada MH.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Satria Dewa: Gatotkaca yang berlangsung di Sunway, Pyramid, Petaling Jaya pada Isnin.
Katanya lagi, dia juga akan menuruti segala kemahuan pengarah dan mengikuti koreografi yang telah ditetapkan.
“Walaupun saya sudah berpengalaman dalam seni bela diri dan harus bergandingan dengan palakon baru yang langsung tiada asas dalam filem aksi, saya tidak akan sesuka hati mengajarnya.
“Pengarah sudah pun menyedia tenaga pengajar yang lebih berhak memberikan tunjuk ajar. Mereka adalah daripada team koreografi. Saya juga harus patuh dengan ajaran mereka.
“Saya tak boleh bergerak sendiri. Saya harus bergandingan dengan pasangan saya selama saya menjayakan sesebuah babak aksi itu.
“Jadi, yang bagus itu bukan saya. Yang bagus itu adalah babak aksi atau filem itu sendiri. Kalau kami tak boleh bekerjasama, yang bagus itu tak mungkin terjadi. Sesebuah filem aksi itu bagus bukan kerana adanya Yayan atau Cecep tetapi kerana kerjasama semua pihak.
Ketika ditanya adakah emosinya akan berubah jika gandingaannya itu tidak cekap ketika melakonkan babak aksi, Yayan memberitahu, sifat seperti itu tidak seharusnya ada di dalam diri seorang pelakon.
“Janganlah bersikap begitu. Itulah pentingnya kita membuat persiapan dan mengadakan workshop sebelum memulakan penggambaran. Jadi, kita sudah saling memahami di antara satu sama lain.
“Berapa peratus kelajuan kita untuk sesuatu babak aksi itu, kita sendiri yang tahu melalui latihan bersama. Ketika penggambaran pula, trick kamera juga digunakapai. Jadi, yang paling penting adalah kerjasama.
“Saya tidak pentingkan dengan siapa saya bekerja tetapi lebih kepada bagaimana saya harus bekerja. Alhamdulillah, selama ini saya boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja baik di Indonesia atau luar negara,” akhirinya.
Terdahulu, Satria Dewa: Gatotkaca merupakan sebuah filem adiwira Indonesia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Ogos ini.
Selain Yayan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat negara seberang seperti Rizqy Nazar, Yasmin Napper dan Cecep Arif Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Yayan Ruhian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Ifa Seorang Pendosa, Jahil Dan Tak Berhijab…,” – Niat Suci Ifa Raziah Panjangkan Doa Peminat Saat Di Tanah Suci

Selebriti versatil, Ifa Raziah menerusi posting terkini menerusi Instagram ada berkongsi beberapa perbualannya bersama pengguna media sosial di Direct Message Instagram berkenaan dengan harapan dan doa mereka.
Difahamkan, pendedahan tersebut dibuat penyanyi Terus Terang ini yang mana rata-ratanya memohon bantuan Ifa supaya dipanjangkan doa di tanah suci ketika dirinya menunaikan umrah baru-baru ini.
Kongsina, dia tidak pernah meminta upah untuk menyampaikan doa yang dikirimkan, semuanya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
“Salam Jumaat yg Barakah..Sepanjang ifa menunaikan Umrah..tidak pernah meminta upah utk menyampaikan doa yg dikirimkan kpd ifa..Semuanya dibuat secara ikhlas kerana ALLAH SWT.
“Dengan niat dpt membantu insan2 lain yg memerlukan pertolongan melalui ifa walaupun mereka bukanlah PEMINAT SETIA IFA RAZIAH tapi atas dasar PERI KEMANUSIAAN ifa mengangkat kedua2 belah tangan memohon semoga hajat mereka termakbul di depan KAABAH…
“Alhamdulillah berkat Doa ifa di hadapan kaabah.. Akhirnya Allah SWT makbulkan setiap permintaan Hambanya.. Walaupun ifa ni seorg PENDOSA dan JAHIL & ifa tidak berhijab..
“Walaupun kekadang tidak cukup solatnya ketika dahulu tetapi Allah SWT memandang keikhlasan hati ifa bukannya tudung di atas kepala ifa. MASYALLAH.. Subhanallah..
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
View this post on InstagramA post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
View this post on InstagramA post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
Foto: Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI