Pelakon dan bintang media sosial, Harris Annuar berkongsi berita dengan memaklumkan dirinya kini disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian saringan 3 Januari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan finalis Hero Remaja 2017 itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama.
“Hari ini pada 4/1/2021 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua, untuk buat masa sekarang ini, Harris sedang kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” tulisnya.
Sambil memohon maaf atas kesulitan, Harris turut menasihati mana-mana individu yang bertemu dengannya untuk hadir menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.
“Jadi, sesiapa yang kontak rapat dengan harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan.
“Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti menzahirkab doa agar bintang ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Harris Anuar