
Menurut BBC, aktor Taiwan-Kanada, Godfrey Gao dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan di set penggambaran realiti show, Chase Me.
Menurut penerbit rancangan, aktor berusia 35 tahun ini secara tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu acara larian bersama pasukan. Usaha menyelamatkannya gagal selepas pasukan paramedik memberikan bantuan selama dua jam.
Pelakon kelahiran Taiwan dan Kanada ini merupakan satu-satunya model pertama dari Asia yang mengikat kontrak bersama jenama mewah, Louis Vuitton.
Mendiang turut mencipta nama menerusi The Mortal Instruments: City of Bones.
Sumber : BBC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Suruh Matikan Dia…” – Ramlal Terus Aktif, Zara Zya Percaya Ketentuan Maha Esa

Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.
Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.
“Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.
“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.
“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.
“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.
Foto : Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ada Boyfriend Tapi Di London,” – Didakwa Bercuti Di Bali Bersama Meerqeen? Ameera Khan Selar Individu Cetus Spekulasi

Sejak semalam, personaliti media sosial, Ameera Khan ada berkongsi beberapa hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya kini sedang menikmati percutian di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang spekulasi daripada segelintir netizen yang mendakwa Ameera sedang bercuti bersama pelakon popular, Meerqeen yang kebetulan juga kini dikatakan berada di pulau tersebut.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Stories, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu dilihat seakan mahu menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan dirinya sedang bercuti bersama sepupunya dan diringi pengawal peribadi serta pemandu.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, seorang pengawal peribadi dan pemandu. Kami hanya berempat,” tulis.
Pada masa sama, Ameera atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan turut mendedahkan dirinya juga sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London, United Kingdom.
“Saya ada teman lelaki tapi dia berada di London,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ameera akui berang dengan segala spekulasi yang tercetus di media sosial saat ini.
Katanya lagi, dia juga tidak perlu membuat sebarang penjelasan namun segala dakwaan tersebut disifatkan agak keterlaluan.
“Saya tidak perlu jelaskan apa-apa tapi ada segelintir kalian yang agak melampau. Lebih baik diam dan berambus,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, Ameera dilihat masih belum membuat penjelasan lanjut berhubung hantarannya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan & Meerqeen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sapa Tak Makan Nasi Kandaq & Tak Lepak Mamak..Kita Tak Geng!,- Gara-Gara Kapsyen, Ramai Jejaka Nak Belanja Janna Nick

Terbaru pelakon Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen;
“sapa tak makan nasi kandaq & tak lepak mamak…kita tak geng! sorry #sayangketatsendatpadat #favfood #pelitadihatiku #pleasesponsorme”
https://www.instagram.com/jannanick/p/Bv1OgPVHg1m/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=nf9gl102htc7
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 23 tahun itu telah menarik perhatian peminat.
Lalu, ramai jejaka yang ingin membelanja Janna untuk makan nasi kandar gara-gara kapsyen yang ditulis oleh pelakon yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.
Bukan main lagi peminat nak belanja Janna makan nasi kandar. Siap nak sponsor lagi. Bertuah Janna!
Foto : Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI