Pelakon Ogy Ahmad Daud memaklumkan pelawak legenda Hamid Gurkha telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital, hari ini.
Khabar tersebut dikongsikan Ogy atau nama lengkapnya Fauziah Ahmad Daud menerusi entri terkini di akaun Instagram.
Serentak dengan itu, pelakon filem Azura ini memohon ramai untuk sama-sama mendoakan agar pelawak berusia 90 tahun dipermudahkan segala urusan serta kembali sembuh seperti sedia kala.
“Mari Kita Mendoakan Seniman Legenda kita Pak Hamid Gurkha Ya. Beliau Dimasukkan Ke Wad ICU hari ini.
“Didoakan Semoga Pak Hamid di permudahkan rawatannya dan cepat sembuh. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon dan pelawak terkenal era 80-an itu telah terkena jangkitan virus Covid-19 sekitar bulan Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ogy Ahmad Daud