
Pelakon Hollywood yang popular menerusi siri Highlander, Stan Kirsch ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 11 Januari lalu.
Menurut laporan media Barat, pelakon berusia 51 tahun ini dipercayai telah menggantung diri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada ucapan dan sokongan yang diberikan. Saya tidak berdaya membalas semua panggilan, mesej dan emel, namun saya telah membawa dan mendengar setiap satu daripadanya.
“Saya dikelilingi dengan kasih sayang dan bersyukur,” jelas isterinya, Kristyn Green di laman Facebook.
Selain berlakon, mendiang merupakan jurulatih lakonan dan pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan televisyen popular Friends, mendukung peranan sebagai kekasih kepada Monica.
Sumber : Variety
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Tetamu Berubah Wajah, Kita Puas,” – Tak Mahu Buat Podcast Korek Soalan Panas & Peribadi, Usia Matangkan Pak Nil

Ketika ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan program podcast sendiri, berbeza pula buat pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang memutuskan untuk tidak lagi terlibat di dalam program berkonsepkan temu bual eksklusif.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia kini sudah tidak selesa untuk menekan atau bertanyakan soalan peribadi kepada tetamu.
“Sebelum adanya podcast, kami sudah lama buat program sebegitu cuma ia ditayangkan di TV. Namun, saya tidak akan mengacarakan program sebegitu lagi
“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang.
“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.
“Dahulu, rasanya lain. Bila kita dapat menekan seseorang itu sehingga mereka tak boleh jawab atau terkeluar cerita lain, kita akan rasa puas,” katanya ketika ditemui MH.
Malah, Pak Nil juga merasakan pengalaman masa lalu telah mematangkan dirinya.
“Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan bernyawa sehingga memasuki kitaran hidup yang memberikan kesedaran.
“Umur saya dah masuk 62 tahun. Allah masih membuka pintu buat saya memohon maaf kepada orang dan bertaubat. Dia juga beri ruang untuk saya kumpul saham akhirat.
“Saya tak suruh orang lain untuk berhenti, segalanya terpulang kepada individu. Namun, poses ini merupakan satu perjalanan sebab sebelum ini, saya juga pernah buat. Jadi, sekarang saya sudah tak selesa lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai program-program podcast yang menjemput panel yang bermasalah sebagai tetamu, ini reaksi yang dikongsikan Pak Nil;
“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi konten tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan.
“Itu zaman dahulu. Realiti sekarang, kita boleh panggil siapa sahaja untuk tujuan konten dan mengejar viral.
“Segala berbalik kepada pemilik program podcast itu sendiri untuk menentukan matlamat yang ingin dicapai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ni Je Gambar Yang I Ada Of Newborn Aalisa, Banyak Dah Terdelete,” – Simpan Foto Anak Dalam Album, Datin Seri Zizie Izette Sifatkan Instagram Diari Peribadi

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette ada berkongsi beberapa foto memori saat melahirkan puterinya, Aalisa Belle Izette yang kini lebih setahun usianya.
Menerusi hantaran terkini di Instagram itu, Zizie mengakui dia tidak memiliki banyak foto anak perempuannya itu kerana banyak yang sudah terpadam.
Menyifatkan dirinya juga bukanlah seorang yang mahir dalam hal berkaitan dengan teknologi maklumat (it), pelakon Hero Seorang Cinderella ini juga turut menjadikan Instagram sebagai diari peribadi.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
“Pic 1,2,3 & 4 were taken on the day my princess was born. Video no2 and pic 3, she was only a few minutes old. Masa mommy masih dlm OT.
“Pic 5,6 & 7 (3rd March 2019). Pic 8 (6th March 2019).
“Ni je gambar yg I ada of newborn Aalisa, bnyk dah terdelete. Haihhh panjang cerita. Dah la xde back up. (Mommy buta IT & x minat gadget).
“Instagram ni dah jadi mcm my own personal photo diary. Kalau hilang habislah! So pengajarannya, gambar2 penting kena simpan dan buat backup.
“I x percaya myself wt pendrive mmg confirm hilang jugak. And I dont use laptop either. What i do now, gambar2 dlm phone I terus develop jadi gambar utk simpan dlm album utk kenangan anak2 tgk bila dah besar nanti,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Lalu pada ruangan komen entri berkenaan, para peminat juga turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai situasi sama.
Terdahulu, bintang yang juga kakak kepada aktor Shaheizy Sam ini mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan itu turut menjaga dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.
Foto: Instagram Zizie Izette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terkejut Saya, Tak Sangka,” – Risau Penerimaan Atas Asbab Kecaman, Baby Shima Akhirnya Sukses ‘Pukau’ 35,000 Penonton

Meriah! Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi popular, Baby Shima tampil menghiburkan kira-kira 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac lalu.
Membawakan lagu-lagu irama dangdut, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menampilkan persembahan cukup luar biasa dan bertenaga.
Shima yang merupakan satu-satunya artis yang membuat persembahan di konsert tersebut membawakan lagu seperti Pura-Pura Bujang, Kopi Dangdut, Aya Susanti, Madu Tiga, Yang Penting Happy dan Ada Gajah Di Balik Baru.
“Terkejut saya. Tak sangka hampir 35,000 penonton hadir menonton persembahan saya secara langsung. Terima kasih semua penduduk Kunak yang hadir.
“Terima kasih juga pihak penganjur kerana mempercayai bakat Shima yang merupakan satu-satunya artis pada malam konsert ttersebut ,” katanya.
Dalam pada itu, Shima juga mengakui kecaman-kecaman yang dilontarkan kepadanya sebelum ini sedikit sebanyak membuatkan dia risau dengan penerimaan peminat.
“Apa yang membuatkan saya terharu apabila ramai peminat datang meskipun saya sering dikecam apabila banyak isu ‘panas’ mengaitkan diri saya.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan seseorang penyanyi apabila dia terus dihargai peminat. Tanpa peminat siapalah saya.
“Sebagai manusia biasa tak ada yang sempurna. Kepada yang suka menghentam saya dengan kata-kata kecaman, saya tak mampu menghalang mereka. Dalam masa yang sama, kecaman tak datangkan kudis kepada saya.
“Setiap kecaman membuatkan saya lebih kuat. Manakala pujian yang diberikan pula tidaklah membuatkan saya rasa hebat. Ini kerana semua orang ada kelemahan mmasing-masing,” jelasnya lagi.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, pelakon filem Biko ini berharap netizen turut menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sempena bulan Ramadan, rasanya lebih baik kita semua sucikan hati.
“Kurang-kurangkanlah mengecam, menghina dan memfitnah terutamanya dalam media sosial. Saya tak tujukan kepada siapa-siapa, cuma untuk peringatan kita bersama,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI