Pelakon Jue Aziz Akui Bercerai Dengan Suami, Sudah Habis Tempoh Edah

Share

Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya yang juga seorang pemuzik asal Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 35 tahun itu berpisah secara baik.

Bagaimanapun, dia secara jujur memberitahu tidak boleh berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan yang terjadi.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,” katanya.

Malah, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz ini juga turut tidak mendedahkan bila tarikh sebenar dia dan suaminya bercerai.

“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” jelas Jue lagi.

Terdahulu, bintang ini mendirikan rumah tangga dengan Bayu, pada 9 Mac 2014 dan pasangan ini turut memiliki seorang anak angkat Darwish Naufal, 5 tahun.

Foto/Sumber: Instagram Jue Aziz/Harian Metro

Published by
MH