Pelakon Jue Aziz memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 dengan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.
Menurut Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.
“Please doakan kesihatan Jue. Jue positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa. Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu.
“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat, tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi satu hantaran di laman Instagram, hari ini.
Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas dia kalian, amin,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Jue Aziz