Matthew White, pelakon kanak-kanak Indonesia yang popular menerusi filem seram Danur telah meninggal dunia pada 23 Januari 2022. Berusia 12 tahun, allahyarham muncul dalam siri dua dan tiga filem tersebut.
Wakil dari pihak pengurusan Matthew, Oki Hartanto berkongsi bahawa pelakon itu meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta selepas mendapatkan rawatan untuk penyakit diabetes yang sudah lama dia hidapi.
Pelakon kanak-kanak berbakat besar ini dilaporkan mewarisi penyakit tersebut daripada bapanya dan keluarga perlu mengawasi pemakanannya sejak kecil lagi agar kesihatannya terjamin.
Menurut Oki lagi, Matthew tidak sedarkan diri selepas kesihatannya semakin merosot pada Sabtu lalu, dia kemudiannya meninggal dunia sehari kemudian. Allahyarham dikebumikan di kampungnya di Tegal, Jawa Tengah.
Memulakan karier lakonan memegang watak Hendrick yang merupakan hantu kanak-kanak Belanda menerusi filem Danur 2: Maddah (2018) dan kemudiannya Danur: Sunyanyuri (2019). Sejak itu pelakon comel ini mendapat perhatian dan membintangi beberapa iklan dan muncul dalam pertunjukan fesyen ESMOD Jakarta.
Pemegang watak utama filem Danur, Prilly Latuncosina turut menyatakan rasa sedihnya atas kematian pelakon cilik ini di laman Instagramnya. Ujarnya, “Dear Mathhew, anak baik, anak pintar, anak manis. Sekarang kamu sudah tidak sakit lagi ya sayang. Pasti kamu sudah bahagia di syurga! I miss you so much. Cepat sangat kamu pergi. We love you Matt. Minta Al-fatihah untuk Matt ya rakan-rakan.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
BACA JUGA: Pelakon Hannibal Rising, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Ski