Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 17 Mac 2025, jam 10.30 malam waktu Indonesia Barat (WIB).
Berita pemergian pelakon yang terkenal menerusi watak Bajuri dalam sitkom Bajaj Bajuri itu disahkan oleh sahabatnya, Rieke Diah Pitaloka, yang turut membintangi siri tersebut sebagai Oneng.
Rieke berkongsi berita duka itu menerusi Instagram miliknya dengan menyatakan bahawa arwah menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Pondok Indah.
“Berita dukacita. Telah berpulang Bapak Nasrullah alias Mat Solar alias Bajuri pada Isnin, 17 Mac 2025 pukul 22.30 WIB di RS Pondok Indah,” tulis Rieke dalam hantaran tersebut.
Ads
Dikebumikan di TPU Haji Daiman
Dalam hantaran sama, Rieke turut memaklumkan lokasi rumah duka dan pengebumian arwah.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Haji Daiman, Cimanggis, Ciputat pada Selasa, 18 Mac 2025, sekitar jam 9.00 atau 10.00 pagi WIB.
Ads
“Mohon dimaafkan segala kesalahan almarhum. Al-Fatihah. Abang, maafkan Oneng belum dapat memperjuangkan hak Abang,” tambah Rieke lagi, menunjukkan hubungan rapat mereka di luar set.
Hidap strok
Mat Solar sebelum ini dilaporkan mengalami strok sejak tahun 2017, yang menyebabkan beliau terpaksa berehat dari dunia seni dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Ads
Sinetron Bajaj Bajuri yang ditayangkan pada awal 2000-an menjadikan nama Mat Solar popular sebagai antara pelakon komedi terbaik di Indonesia. Keunikan lakonannya sebagai Bajuri dalam siri itu berjaya mencuit hati ramai dan terus diingati sehingga kini.
Selain sinetron Bajaj Bajuri, Mat Solar turut membintangi sinetron terkenal lain seperti Bang Jagur, Si Entong dan Tukang Bubur Naik Haji The Series.
Sekadar info, drama Tukang Bubur Naik Haji The Series pernah disiarkan di saluran Astro di Malaysia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Maestro muzik, Datuk Ramli MS turut tidak melepaskan peluang mencuba aplikasi ‘ubah wajah’ terkini yang trending di kalangan pengguna media sosial Malaysia iaitu Face Apps dengan tanda palang #AgeChallenge.
Lalu hasil wajah yang bertukar menjadi lebih berusia itu dikongsikan suami kepada penyanyi, Alyah ini menerusi Instagram.
“Sila la kutuk jemaah..sila sila sila..hahahaha…,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Lalu seperti biasa, rakan artis, Jihan Muse menjadi antara selebriti yang ‘tidak lepas’ peluang untuk bergurau senda dengan pengarah muzik berkenaan.
“Nak kutuk ke tua kutuk tuk?,” tanya Jihan lalu ia dibalas oleh Datuk Ramli yang mesra disapa Tok Ram.
“Ko dengan Afiq manager ko memang penyapu kan? Tak jemput pun ko kan kutuk, kalau jemput macam bomba laju je,” respons Tok Ram pula.
Lalu, entri tersebut turut membuatkan para peminat serta rakan artis lain terhibur. Malah ada yang meninggalkan komen, membayangkan aplikasi berkenaan seperti tiada bezanya dari wajah sebenar Tok Ram.
Terdahulu, bintang yang sinonim menerusi program Gegar Vaganza ini saling berbalas sindirian apabila kedua-duanya dijemput sebagai pembaca berita undangan menerusi segmen Komuniti Awani tidak lama dulu.
Foto: Instagram Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak sulung kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, 5, terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh skuter pada Sabtu.
Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 44, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, memaklumkan proses pembedahan yang dijalani anaknya itu berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah proses di bilik pembedahan berjalan lancar.
“Terima kasih doktor pakar di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
“InsyaAllah Aafiyah segera sembuh ya. Amin. Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk bilik pembedahan. Tengah pujuk Aafiyah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video sama, bahagian dagu Aafiyah dilihat bertampal dengan plaster dipercayai akibat terjatuh daripada skuter.
Susulan itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir disebabkan kemalangan menimpa Aafiyah.
“Minta maaf kepada klien saya kerana terpaksa batalkan persembahan saya saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” tulisnya.
Siti juga turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.
“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Permaisuri Agong bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.
“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya Allah Aafiyah cepat sembuh daripada kemalangan kecil ini. Aamin ya rabb,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz bakal menimang cahaya mata perempuan dan perkara itu telah pun dikongsikan menerusi media sosial masing-masing pertengahan bulan lalu.
Bakal menghitung hati menantikan ahli keluarga bau, Bella turut memuat naik foto terkininya di Instagram.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...