Hiburan

“Pelakon Lain Shooting Back To Back Tapi Orang Mudah Lupa,” – Maya Karin Syukur Watak Pontianak & Duyung Kekal Ikonik

Share

Selepas 16 tahun, aktres jelita, Maya Karin akui teruja untuk kembali terlibat di dalam projek sekuel filem ikonik tempatan, Duyung yang kini diberi nama ‘Duyung: Lagenda Aurora’.

Menurut Maya, dia sebenarnya sudah lama mengharapkan filem ini mempunyai sambungan demi memenuhi permintaan peminat.

IMG 0179

“Ramai peminat yang asyik bertanya bilakah sambungan filem Duyung. Walaupun berdepan cabaran fizikal, saya seronok bila filem ini menjadi kesukaan anak-anak Malaysia.

“Di Youtube pula, sudah berjuta orang yang menonton. Jadi, sudah lama sebenarnya saya ajak pengarah untuk membuat sambungan filem ini sebelum usia saya mencecah 80 tahun,” katanya kepada MH.

Maya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di The Wetland Studio Putrajaya, pada Selasa.

Pada masa sama, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke bersyukur kerana watak-watak yang pernah dibintanginya seperti duyung dan pontianak masih diingati sehingga hari ini.

IMG 0174

“Saya pernah menjadi macam-macam mahluk. Saya juga tidak sangka impaknya akan sebesar ini. Kutipan filem Duyung mencecah RM7 juta dan pada waktu itu, ia sangat besar.

“Karakter filem ini juga sangat menarik. Sampai sekarang orang masih ingat Jimmy, Oryx dan Duyung.

“Saya sangat bertuah kerana dapat terlibat di dalam projek yang bertahan di hati penonton sehingga hari ini dan mungkin berpuluh tahun ke hadapan.

“Ramai artis yang shooting back to back tapi bila sudah ditayangkan, setahun kemudian, penonton akan lupa. Drama baharu akan terus ditayangkan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Maya akui bukan mudah untuk membawakan dua watak ikonik ini terutamanya daripada aspek fizikal.

IMG 0180

“Namun, jangan ingat jadi pontianak dan duyung ini sesuatu yang mudah terutama sekali dari segi fizikal.

“Nak terbang dari pokok ke pokok dengan diikat tali berjam-jam. Ia sakit sehinga luka di badan. Kostum duyung pula ambil masa empat jam untuk dipakai dan sejam untuk ditanggalkan.

“Orang luar tak nampak. Mereka hanya melihat kostum dan make up yang cantik serta duyung yang comel-comel tapi ia merupakan kerja keras namun, berbaloi,” akhirinya.

Selain Maya, filem ini turut mengembalikan barisan pelakon-pelakon asal seperti Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin.

IMG 0173
IMG 0172

Malah, beberapa pelakon baharu turut diperkenalkan seperti Ayien Floor 88, Anna Jobling, Nadia Brian, Atu Zero dan Syarif Zero.

Duyung: Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September sehingga Oktober ini.

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada suku ketiga 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf