Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.

“Iya, arwah meninggal dunia pukul 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya, petik mStar.

Ads

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.

Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.

Ads

Allahyarham mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1980-an dan telah membintang pelbagai filem dan drama sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI